Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 31, 2018 @ 5:52pm

Fuh…Aliff Syukri Palace Sedia Dijual Dengan Harga RM 43 Juta

Luasnya bak istana, untung siapa yang dapat memilikinya. Banglo mewah dengan 30 bilik tidur milik Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan sedia untuk dijual.

Kata usahawan popular itu, beliau sedia menjual rumah berkenaan kepada sesiapa yang berminat.

“ Namun ia bergantung kepada harga yang ditawarkan. Jika ada yang berminat, saya mahu jual dengan harga RM 43 juta lengkap dengan perabot,” katanya.

Rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal.

Dalam masa sama, beliau berminat untuk membeli hotel pula selepas ini.

“ Saya boleh tinggal di sana dan dalam masa sama dan pekerja boleh dapat jana pendapatan sekali,” ujarnya.

Rumah serba mewah bernama Aliff Syukri Palace itu terletak di Kota Damansara, Selangor di mana perabot yang ada di dalam kediaman mewahnya itu diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

‘Saya Minta Maaf’, Haqiem Rusli Mengaku Silap

Penyanyi Jatuh Bangun ini juga mahu berehat seketika di Twitter sehingga keadaan jadi reda.

Hiburan Thu, 11 Dec 2025

Baru Kahwin, Sudah Ditanya Tentang Anak… Tun Laila Luah Rasa Janggal – “Soalan Itu Sensitif, Mendoakan Itu Tak Apa”

Tun Laila mengakui berasa janggal apabila beberapa pihak tidak beragak untuk bertanya soalan mengenai kehamilan.

Featured Tue, 6 Dec 2022

Aksi Dua Jejaka Genggam Tangan Di Masjidil Haram Raih Perhatian – “Bila Takut Terpisah Dengan Sahabat”

Pempengaruh, Kimi Keon dan sahabatnya Zafir Karipap tular di media sosial kerana aksi mereka berpegangan tangan semasa mengerjakan ibadah Umrah. @kimikeonjadikanlah kami semua ini sahabat dunia akhirat ya Allah 🥹❤️ ♬ bunyi asal – a.jamil85 […]

Hiburan Fri, 7 Feb 2025
Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Mon, 7 Apr 2025

Terkenal Dengan Filem Enam Jahanam, Pelakon Veteran Noor Azizah Meninggal Dunia

Noor Azizah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya akibat sesak nafas.

error: Content is protected !!