Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 13, 2022 @ 8:32pm

“Bila Tak Ambil, Orang Kata Antivaksin, Tapi Bila Dah Ambil…” – Isu Tipu Vaksin, Ini Respons Ellie Suriaty

Dikenali sebagai seorang individu yang aktif berbicara mengenai vaksin, akhirnya pelakon dan pengarah Ellie Suriaty telah lengkap dua dos vaksinasi pada Oktober dan November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ambil Sebab Suami” – Mengaku Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin, Ellie Suriaty Ikut Cakap Azri Iskandar

Mendapatkan vaksin jenis Sinovac, Ellie memberikan respons sekiranya ada pihak yang mempersoalkan mengenai perkara terbabit dan mengaitkan ia dengan isu pemalsuan vaksinasi yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Menurut pengarah filem Penanggal ini, dia sering berhadapan dengan persepsi sejak menjadi aktivis politik sebelum ini.

“Dengan saya ni orang memang suka main dengan persepsi. Itu saja yang selama ini pun sejak saya terlibat dalam dunia politik. Saya bukan ahli politik, saya aktivis politik, jadi perception itu selalu bertebaran.

“Dia begini, bila you tak ambil vaksin, orang akan kata you antivaksin. Tidak boleh bagi pendapat. Akan tetapi bila kita sudah ambil (vaksin), ia seolah-olah menafikan macam you ambil. Nak apa sebenarnya?

“Itulah, sebab kita dalam industri kreatif jadi kita perlu berdepanlah dengan benda-benda macam ni,” katanya kepada Xtra ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali di Mont Kiara, pada Selasa.

Bertindak sebagai jurulatih lakonan, filem berkenaan dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin, Scha Alyahya dan Nabila Huda.

Tambah Ellie, setiap pihak harus mendoakan yang terbaik untuk semua.

“Saya sudah pergi ke sana-sini dan saya tidak ‘memberi’ orang lain Covid-19. Apabila tempoh vaksinasi saya matang, saya sudah terbang ke Sarawak dan menjayakan teater Puteri Santubong.

“Setakat ini, syukur Alhamdulillah tak pernah terjangkiti Covid-19. Lepas ambil vaksin pun tak pernah dan sebelum ambil vaksin pun tak pernah. Malah kita tetap masih amalkan makanan yang baik-baik, sayur-sayuran.

“Habbatus sauda itu tetap tetap saya amalkan. Sepatutnya kita mendoakan semua orang berada dalam keadaan yang baiklah. Tak perlu buat persepsi sebab saya orang yang sangat positif. Tenaga dan aura yang positif, itu saya. Untuk mereka yang nak main perception, biarlah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 15 Jun 2022

[VIDEO] Tular Menangis Di Stadium, Safiq Rahim Hadiahkan Sepasang Boot Kepada Remaja Lelaki Sebagai Tanda…

Min salute dengan semangat adik ni 🤩 Bertuahnya dapat boot dari Safiq Rahim 🔥

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Mon, 22 May 2023
Featured Fri, 19 Jan 2024

Siti Nurhaliza Sambut Baik Hasrat Mahalini Mahu Berkolaborasi – “Pulang Dari Umrah Dapat Khabar Indah”

Wah, tak sabar nak dengar lagu hasil kolaborasi Tokti dan Mahalini. Pasti 🔥🔥🔥

Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat

Hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle yang ke-12.

Hiburan Sun, 18 Jun 2023

Ramai Dakwa Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?

Comel je Sweet Qismina niii 🥰 Betul ke mengandung? 👀

Hiburan Mon, 27 Jan 2025
error: Content is protected !!