Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana May 22, 2023 @ 6:48pm

‘Hadiahku Duka Kepadamu’ Dapat Sambutan Buat Aizat Amdan Teruja

Penyanyi Aizat Amdan teruja dengan sambutan hangat yang memberi seribu satu kemanisan buat dirinya apabila lagu baharunya, Hadiahku Duka Kepadamu diterima ramai.

Baginya, tidak apa yang lebih menggembirakan selain dapat memberikan senyuman kepada peminat yang sentiasa menantikan lagu baharunya sejak dulu lagi.

“Setiap kali mahu menghasilkan produk baharu, ada beberapa perkara bermain difikiran termasuklah pertanyaan, adalah lagu baharu ini akan diterima baik oleh mereka atau tidak.

“Tapi apabila melancarkan sahaja lagu ini pada bulan Ramadan yang lalu, sambutan yang diterima begitu baik daripada semua pihak. Hilang segala gundah apabila lagu ini mulai disukai oleh peminat dan mula dimainkan oleh stesen radio,” kata Aizat.

Hadiahkan Duka Kepadamu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai. Lagu berentak balada ini turut dijadikan runut bunyi untuk drama Kerasnya Takdir yang disiarkan melalui slot Akasia, TV3.

Menariknya, drama lakonkan Amira Rosli, Redza Rosli dan ramai lagi itu mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat sejak mula ditayangkan beberapa minggu yang lalu.

Bagi Aizat, apabila Hadiahkan Duka Kepadamu menjadi runut bunyi untuk drama, itu memberikan banyak kelebihan untuk produk berkenaan diterima dengan lebih cepat seterusnya menangkap halwa telinga pendengar yang lain.

“Saya gembira apabila orang mula mengetahui lagu ini sedikit demi sedikit. Ada dalam kalangan peminat yang terkejut apabila mengetahui lagu ini dinyanyikan oleh saya.

“Ada yang beranggapan lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi baharu dan tak kurang juga yang jatuh cinta kali pertama mendengarkannya. Semua itu memberikan keterujaan kepada saya,” ungkap penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu ini lagi.

Aizat bertemu beberapa kali dengan komposer berkenaan bagi mendengar sendiri lagu itu dan dia sendiri jatuh cinta saat pertama kali lagu tersebut diperdengarkan kepadanya.

“Pastinya saya teruja memandangkan ini kali pertama kami bekerjasama. Abang Ajai sendiri memang seorang komposer yang berpengalaman luas dan sudah menghasilkan sejumlah lagu yang banyak.

“Sebagai penyanyi saya mahu sampaikan lagu berkenaan sehabis baik. Sejujurnya saya menjadikan lagu ini buah tangan baharu yang akan diminati oleh pendengar seperti lagu-lagu terdahulu,” tambahnya lagi.

Sebagai info, Hadiahkan Duka Kepadamu merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Alternate Records dan lagu diedarkan oleh Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

《比悲伤》刘以豪陈庭妮今旋风来马谢票!记下来啦~

《比悲伤更悲伤的故事》在大马「收割」650万令吉票房,剧组兑现承诺让「成全CP」刘以豪和陈庭妮来马亲自向观众谢票!

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Emma Maembong Dah Ada Kekasih Hati?

Kalau betul pun apa salahnya kan?

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Sebab itu saya tidak terlalu terbuka atau mendedahkan si dia. Semestinya saya juga sama seperti wanita lain tentu risau dan cemburu kalau kekasih diganggu.

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] “Nak Ummi & Daddy” – Disoal Mahu Apa Di Syurga, Jawapan Anak Buat Shakilla Khoriri Terdiam

Alahai, bijaknya awak ni Ameena ☺️ Sebak pula, semoga dilindungi dan dipermudah segalanya ☺️🥰

Trending Wed, 5 Sep 2018

95%的人都不會「長尾夾」妙用法

生活中有没有一些文具,需要时像个宝,但是多于、不用时,却完全不想看到,例如:长尾夹。一般人通常都会用来夹文件等,但其实它还有许多大家不知道的用途喔~

Featured Thu, 1 Sep 2022

Selamat Lahirkan ‘Baby Merdeka’, Mona Allen Mohon Maaf Tak Sempat Balas DM

Wah! Welcome ‘Baby Merdeka’ 😍
Tahniah Mona Allen & Pekin

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Boleh Dikatakan Tiap Masa Terima Panggilan Kematian…” – Noorkhiriah Minta Netizen Jangan ‘Hanyut’

Masyaa-Allah bukan semua orang boleh cakna dengan perkara macam ni… 😥

Featured Wed, 18 Jan 2023
error: Content is protected !!