Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 31, 2023 @ 10:56am

Sharifah Rose, Ezzrin Loy Hanya Berkawan Rapat – “Kami Mungkin Dalam Fasa Berkenalan Lagi”

Pelakon Sharifah Rose tampil menjawab desas-desus yang menyatakan dirinya kini sedang bercinta dengan aktor, Ezzrin Loy.

Baru-baru ini, tular sebuah video Rose dan Ezzrin berjalan bersama di sebuah pusat membeli belah sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen tentang status hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Hantar Video Sharifah Rose & Ezzrin Loy Di Pusat Membeli Belah… Netizen Dakwa Sedang Bercinta, Siap Pegang Tangan?

Menurut Rose, dia kurang selesa apabila kisah peribadinya menjadi tumpuan biarpun ketika di tempat awam kerana perkara itu terlalu privasi baginya.

Malah, dia juga menyatakan hubungannya bersama adik kepada Elfira Loy itu hanya sekadar kawan rapat sahaja dan tiada yang serius.

“Sama ada benda itu betul ke tidak, saya rasa dengan siapa saya berkawan ke atau bercinta kalau saya pilih to keep it private, itu adalah pilihan saya.

“Saya juga tak appreciate bila orang rakam benda tu randomly sebab dah mengganggu privasi. Lagipun masa tu kita keluar bertiga. Depan tu ada kawan saya. Tapi bila ada yang cakap kami berpegangan tangan itu tak betul.

“Bagi saya kalau saya nak dedahkan perkara tu kepada umum, biarlah saya yang mulakan dulu. Tapi buat masa sekarang untuk menjawab tentang itu, saya dengan dia memang berkawan rapat tapi tak serius,” katanya.

Pernah digandingan bersama menerusi drama Ku Punya Hati, Rose juga mengakui dia dan Ezzrin masih lagi dalam fasa berkenalan.

“Saya dengan dia dah kenal lama. Kami juga pernah berlakon bersama jadi sejak tu pun kami memang selalu jumpa dan lepak sekali. Kalau nak kata bercinta ke tak tu, kami mungkin dalam fasa berkenalan lagi.

“Dalam proses kenal ni kita tak tahu ke mana lagi dan saya rasa kalau ada perkara serius itu berlaku biarlah saya yang umum sendiri,” jelasnya ketika ditemui di Gemfest Masterclass anjuran Habib, semalam.

Akur apabila terpaksa mengorbankan privasinya selepas bergelar seorang selebriti, Rose bagaimanapun berharap agar orang ramai tidak terlalu melampaui batas dan menghormati perihal peribadinya.

“Sebagai public figure kita memang dah boleh agak benda tu. Tapi saya rasa benda tu kita tak patut normalize kan sebab mengganggu privasi orang dan tanya orang tentang personal life.

“Kalau orang tu nak rahsiakannya saya rasa orang kena hormatinya sebab bila dah umur 20-an ni, lebih bagus untuk kenal-kenal orang. Kalau dah ada macam step nak ke arah bertunang ke kahwin ke, kita nak war-warkan tu saya rasa okay.

“Tapi tula bila dah bergelar pelakon ni, saya terpaksa korbankan privasi saya. Dengan siapa saya berjumpa or berkawan orang ingat bercinta.

“Tapi kenen-kenenkan tu saya rasa memang lumrah untuk seorang pelakon tapi agak tak selesa sebab kita ada family, dia pun ada expectation dia sendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 26 Aug 2022
Hiburan Fri, 1 Nov 2019

‘Saya Tahu Ayah Layak’- Anak Allahyarham Pitt Hanif Buat Penonton Sebak

ernyata jangkaan kami tidak salah. Sebagai anak, sudah tentu saya amat bangga sekali dengan kemenangan ini. Ini untuk ayah…

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Altimet Bersara Sebagai Rapper Bukan Komposer

Tiada lagi persembahan Altimet di mana-mana acara selepas ini. Namun begitu, Altimet ada hadiah terakhir buat peminatnya!

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kulit Bersih dan Tampil Cantik

Neelofa tetap tampil cantik. Kulit wajahnya juga bersih dan tiada masalah cela mahupun jerawat. Apa rahsia kulit cantik Neelofa dan kekal langsing. Minum banyak air kosong Tip paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Neelofa […]

Trending Wed, 17 Feb 2021

“Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat” Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Takutnya, apapun semoga Andi Bernadee kembali sihat…

Hiburan Tue, 6 May 2025
Hiburan Thu, 10 Apr 2025
error: Content is protected !!