Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul August 11, 2020 @ 12:13pm

Harga Pelitup Muka Diturunkan RM1 Sekeping

Harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah, iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan perkara itu berkata ia adalah sebahagian daripada pendekatan untuk membantu rakyat, khususnya golongan ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk kanak-kanak ke sekolah.

Selari perkembangan semasa, katanya, harga semasa pelitup muka akan terus diturunkan di bawah paras 95 sen sekeping di peringkat pemborong dan RM1 sekeping di peringkat runcit.

“Kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) mengenai rasional peningkatan harga maksimum pelitup muka daripada RM0.80 sen sekeping ke RM1.50 sekeping. 

Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awak yang sesak dan pengangkutan awam mulai 1 Ogos manakala harga siling diturunkan kepada RM1.50 mulai 15 Ogos ini. 

Minggu lalu di Dewan Rakyat, Nanta dilaporkan berkata, kerajaan bercadang menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan ke paras bawah RM1.20 seunit mulai 15 Ogos.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

CSOIAM: Tersingkir Di Minggu Keempat, Alya Mardien Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka

Tersingkir di minggu keempat CSOIAM, Alya Mardien percaya dengan perancangan Tuhan.

Hiburan Tue, 25 Mar 2025
familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] “Bagi Isteri Makan Dulu, Baru Kita Makan” – Ramai Puji Sikap Prihatin Datuk K Terhadap Siti Nurhaliza, Anak & Menantu!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @norazlin67 yang memaparkan gelagat keluarga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjamu selera di sebuah kedai makan. Berdasarkan hantaran tersebut, suami kepada Siti, iaitu Datuk […]

Hiburan Wed, 10 Dec 2025
Trending Tue, 19 Mar 2019
Featured Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Cik B Respons Persembahan Beremosi Dikritik ‘Cringe’ – “Benda Itu Tak Dibuat-Buat”

Cik B menjelaskan tindakannya di atas pentas bukan sesuatu yang dilakonkan, sebaliknya berlaku secara spontan.

error: Content is protected !!