Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 15, 2025 @ 4:06pm

“Jujur Tak Ada Masalah Untuk Kami Beraya Sekali” – Puteri Sarah Tak Bergaduh Dengan Syamsul Yusof

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin meluahkan rasa syukur apabila bekas keluarga mentua kini bahagia dan kembali menjalani kehidupan sepeti sedia kaal dengan kehadiran Syamsul Yusof.

Kata Sarah, dia juga tidak mempunyai masalah untuk beraya bersama bekas suaminya yang juga pengarah tersohor, Syamsul Yusof pada tahun ini.

Malah, mengaku hubungan mereka masih baik dan tidak bergaduh.

“Jujur saya tiada masalah untuk kami beraya sekali. Lagipun saya tidak bermusuh dengan dia, kami okay.

“Andai dia balik ke rumah keluarganya dan kebetulan saya ada di sana, saya okay untuk sambut raya macam biasa.puteri sa

“Alhamdulillah semuanya sudah berbaik. Saya tumpang gembira lihat mereka dapat beraya bersam tahun ini,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Sumber Kekuatan, Syamsul Yusof Peluk Erat Sumayyah – “Bergantung Hanya Pada Allah Seindah Namamu”

ARTIKEL BERKAITAN:Sebak! Akhirnya Syamsul Yusof Kembali Ke Pangkuan Ibu Bapa, Pertemuan Turut Disertai Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Semua Rindu Boleh Diluah Dengan Kata-Kata”- Patimah Ismail

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Sekam Di Dada’ ini berkongsi pihak keluarga bekas mentuanya sedih apabila tidak dapat meluangkan masa bersama aktres itu seperti sebelum ini akibat sibuk dengan urusan kerja.

Ini termasuklah, tidak dapat berbuka bersama seperti kebiasannya.

“Kalau dulu setiap tahun keluarga saya dan bekas mentua akan berbuka bersama-sama, tapi sekarang belum ada kesempatan lagi.

“Mereka faham situasi saya yang sibuk dengan kerja sekarang ini.

“Tapi dalam waktu sama, mereka sedih sebab saya tak dapat nak luangkan masa atau berkesempatan seperti sebelum ini,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Patimah Ismail Doakan Puteri Sarah Temui Kebahagiaan – “Mama Mahu Sarah Gembira”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mengalir Air Mata Melihat Anakku Mengharungi Takdir Hidup Seorang Diri” – Datin Patimah Ismail

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 28 Mar 2018

Kerana ‘Accept Friend Request’ Terus Cinta Berputik

Tak disangka hanya dengan accept friend request, cinta terus berputik

Hiburan Tue, 29 May 2018

Cerita Artis Plastik, Kenapa Janna Nick Naik Angin?

Saya bukan orang yang bermuka-muka dan saya orang yang sangat jujur. Kalau dia nak plastik dengan saya, tak payah la…

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Tue, 17 Jun 2025

[VIDEO] Fahrin Ahmad Sebak, Terkilan Tak Dapat Peluk Arwah Bapa Buat Kali Terakhir – “Tunjuklah Kasih Sayang! Ambil Gambar Banyak-Banyak & Peluk Mereka”

Fahrin Ahmad gagal menahan sebak apabila berkongsi pengalamannya ketika menerima berita pemergian ayahanda tercinta pada 23 Mei lalu.

error: Content is protected !!