Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 7, 2024 @ 2:00pm

“Tak Semua Rindu Boleh Diluah Dengan Kata-Kata”- Patimah Ismail

Isteri kepada pengarah, pelakon dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mencuri perhatian selepas berkongsi foto suaminya bersama anak lelakinya yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Menerusi hantaran di Instagram, Patimah berkata, bahawa tidak semua rindu itu boleh diluahkan dengan kata-kata.

“Tak semua rindu itu mampu diluah dengan kata-kata,” tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang diluahkan Patimah, sekaligus bersyukur hubungan diantara Syamsul dan keluarga kini baik.

Terdahulu, pada 11 September lalu, Syamsul akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas lima tahun tidak berjumpa.

Momen tersebut turut memperlihatkan kehadiran Puteri Sarah dan anak-anak di kediaman bekas mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Patimah Ismail Doakan Puteri Sarah Temui Kebahagiaan – “Mama Mahu Sarah Gembira”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengalir Air Mata Melihat Anakku Mengharungi Takdir Hidup Seorang Diri” – Datin Patimah Ismail

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Ingin Harta, Cuma Mahu Anakku Tersenyum & Memelukku” – Patimah Ismail

Sekadar info, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai pihak apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Dan, pada 5 September lalu, Syamsul Yusof dan Ira sah bercerai dengan talak satu.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! Akhirnya Syamsul Yusof Kembali Ke Pangkuan Ibu Bapa, Pertemuan Turut Disertai Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:Enggan Keruhkan Keadaan, Syamsul Yusof Mahu Selesaikan Hubungan Dengan Ibu Bapa Secara Peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Dipuji Tampak Makin Muda, Hantaran Terkini Syamsul Yusof Raih Perhatian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Abam Sasar Berat Badan Turun Ke 100 Kilogram

Target saya sehingga hujung tahun ini. Berat asal saya 188.6 kilogram sebelum ini. Sekarang sudah kurang kepada 163 kg. Go Abam, chaiyok!

Hiburan Sat, 4 May 2019

Nadia Brian Selamat Bertunang

Pelakon dan model jelita, Nadia Brian, 28, selamat menjadi tunang kepada Mu’izz Nasruddin, 28, di sebuah hotel di sini, hari ini. “Muiz lelaki yang baik, sangat bertanggungjawab dan saya bertuah dapat mengenalinya. “Dia sangat memahami […]

Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Anugerah Sat, 22 Jul 2023

ABPBH 35: Pernah Dihiraukan & Dikutuk, Bell Ngasri Tak Pernah Simpan Hasad Dengki

Rezeki tak pernah salah alamat.. Congrats Bell Ngasri! Yak Yak Yey

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Featured Thu, 12 Jun 2025

Penyanyi Rap Ditahan Seludup 86 Kilogram Dadah

Sebanyak 103 bungkusan ditemui oleh pihak berkuasa Laos.

error: Content is protected !!