Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 3, 2023 @ 4:25pm

Tuah Alam Ubah Hidup Remy Ishak & Ezza Yusof

Pelakon Remy Ishak tampil berkongsi pengalamannya selepas bergelar bapa kepada, Tuah Alam hasil perkahwinannya bersama isteri, Ezza Yusof.

Menurut Remy, banyak perkara yang dia terlepas sepanjang menjadi seorang bapa dek kerana kesibukan kerja dan jadual yang padat untuk penggambaran.

“Banyak benda saya terlepas bila jadi seorang ayah. Saya banyak kenal dia melalui dalam fon je. Tiga minggu berjauhan dengan dia, hanya satu hari je untuk saya ambil pengalaman jaga dia. Saya tak rasa stres, saya seronok,” katanya.

Perkongsian itu telah dibuat oleh Remy menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Ezza untuk rancangan realiti stesen TV berbayar di Instagram.

Dalam pada itu, Remy mengakui kehadiran anak sulungnya itu banyak mengubah kehidupannya bersama isterinya Ezza.

Malah, dia turut berjanji untuk menjadi yang terbaik buat Tuah agar tidak melalui apa yang dirasainya.

“Sebenarnya Tuah juga banyak mengubah saya dan Ezza. Saya berjanji dengan dia yang saya akan jadi yang terbaik untuk Tuah. Saya nak dia rasa kasih sayang saya sebab saya taknak dia jadi macam mana saya rasa,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Nov 2018
Trending Tue, 13 Jul 2021
Featured Thu, 14 Apr 2022

Lebih 11 Tahun Syauqi Danial Simpan Hasrat Nak Jadi Penyanyi

Bermulalah perjalanan penyanyi baru, Syauqi Danial yang sudah lama menyimpan hasrat menjadi penyanyi.

Hiburan Thu, 2 May 2019

‘You Senang Jadi Artis, Ada ‘Kabel’ Besar’- Arena Iman Nafi Guna Status Bapa Lonjak Nama!

Ayah tak pernah ajar guna status sebagai anak komposer untuk jadi ‘tiket’ mudah masuk dalam bidang seni…

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Trending Sun, 5 Jul 2020
Featured Thu, 9 Jun 2022
error: Content is protected !!