Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 28, 2018 @ 3:37pm

Selamat Jalan, Alfie…

Bayi berusia 23 bulan, Alfie Evans yang bergelut dengan penyakit degeneratif dan pernah menarik perhatian antarabangsa meninggal dunia awal hari ini.

Pengumuman itu dibuat bapanya, Tom Evans di Facebook dan berkata hatinya hancur dengan kematian anak lelakinya itu.

Alfie mengalami penyakit degeneratif yang jarang dihidapi dan dalam keadaan separa koma selama lebih setahun.

Selepas satu siri perbicaraan mahkamah, Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool, menanggalkan alat sokongan hidup bayi itu Isnin lalu.

Keputusan itu ditentang ibu bapanya.

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Kes yang menyentuh perasaan masyarakat antarabangsa ini sekali gus menimbulkan persoalan sama ada hakim, doktor atau ibu bapa mempunyai hak untuk memutuskan hidup mati seorang kanak-kanak.

Ibu bapa Alfie disokong oleh Paus Francis dan Presiden Poland, Andrzej Duda. – Sumber Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Jul 2025
Featured Tue, 12 Aug 2025

Tindakan Noor Nabila Tunjuk Isyarat ‘L’ Pada El Rumi Dikritik

Raai yang menluahkan rasa kurang senang terhadap Noor Nabila.

Featured Thu, 6 Nov 2025
Featured Wed, 25 Jan 2023

Gelagat Didie Alias Usik Mak Jah Melatah Undang Tawa Warganet

Gelagat pelakon dan pelawak, Didie Alias menyakat pelakon veteran, Mak Jah meraih perhatian peminat. @mumydidiealias Hahaha lama tak menyakat Mak Jah,tetap sempoi,mumy simpan sini buat kenangan terindah.Sayang Mak Jah #sukasuka #hiburkanhati #stylocharity #lagenda #fyp #fypシ゚viral […]

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
error: Content is protected !!