Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin April 12, 2018 @ 5:01pm

Anda Perlu Bayar Cukai ‘Sayonara’ Kalau Nak Keluar Dari Jepun. Bila Kena Bayar?

Jepun antara negara yang terkenal dan banyak dikunjungi oleh para pelancong. Baru-baru ini kerajaan Jepun telah mengumumkan tentang cukai baharu yang perlu dibayar jika anda ingin ke negara tersebut pada tahun hadapan.

Anda perlu membayar levi ‘Sayonara’ yang bernilai 1,000 Yen (RM36.27). Cukai ini perlu dibayar oleh sesiapa sahaja termasuklah rakyatnya yang ingin keluar daripada negara tersebut dengan menaiki kapal terbang ataupun kapal.

Untuk pengetahuan anda, cukai ini akan berkuat kuasa pada 7 Januari 2019 yang merupakan salah satu inisiatif untuk kerajaan Jepun mengumpul dana untuk meningkatkan infrastruktur kepada pelancong serta mempromosikan destinasi pelancongan baharu yang ada di negara tersebut. Jadi, anda jangan terkejut pula jika kena bayar lebih nanti!

Foto: Melancong Ke Jepun

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk membayar cukai Sayonara ini kan? Kalau anda nak tahu, cukai ini akan dimasukkan terus ke dalam harga tiket kapal terbang semasa anda membuat pembelian tiket. Anda janganlah terkejut pula sekiranya harga tiket menjadi mahal ok!

Kesimpulannya, kepada anda yang merancang untuk ke negara Jepun, pergilah melancong pada tahun ini juga, jadi anda tidak perlu membayar cukai Sayonara ini!

Sumber: The Star

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 13 Dec 2023

Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Respons Dakwaan Status Anak Tiri

Moga tiada lagi dakwaan yang tidak baik berkenaan Arwah Adik Zayn Rayyan

Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Fida Ibrahim Kini Bergelar Ibu, Selamat Timang Bayi Sulung

Alhamdulillah! Tahniah Fida dan Suami!

Featured Sat, 18 Mar 2023
Hiburan Mon, 30 Dec 2024

CSOIAM: Trauma Dengan Insiden Hitam, Marygrace Terkenang Momen Bapa M*ti Dibun*h Depan Mata Sendiri

Perkongsian Marygrace mengenai insiden hitam melibatkan bapanya yang mati dibunuh rakan sendiri menyentuh hati penonton.

Featured Tue, 24 Oct 2023

“Tak Boleh Nak Kata Tidak…” – Didakwa Tak Hormat Isu Palestin, Elisya Sandha Pakai Seksi Gara-Gara…

Harapnya penjelasan dari tuan empunya badan dapat clear kan keadaan okay!✌️

error: Content is protected !!