Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 2, 2024 @ 2:04pm

Kes Zayn Rayyan Kian Terungkai: “Hasil Dapatan & Risikan Selama 6 Bulan Menyimpulkan Pembabitan…”

Siasatan selama enam bulan sejak hari pertama kes kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dibunuh yang menjuruskan perlakuan itu dilakukan oleh ibu bapanya menjadikan misteri kes ini kini terungkai.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis tidak pernah berputus asa untuk menyelesaikan kes tersebut sebaik mendapati keputusan bedah siasat pada 7 Disember lalu menunjukkan Zayn Rayyan mati dibunuh.

“Sejak itu pasukan forensik turun ke lokasi kejadian termasuk membuat pemeriksaan di blok kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi mencari petunjuk termasuk kediaman keluarga Zayn Rayyan.

“Hasil dapatan dan risikan selama enam bulan itu menyimpulkan pembabitan ibu bapanya dalam pembunuhan ini dan sebab itu mereka ditahan semalam (kelmarin) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata sumber.

Jelas sumber, siasatan tersebut juga menjurus kepada keluarganya sendiri di mana ketika kejadian mangsa bersama ibunya dan dijemput dari tadika pun oleh ibunya.

Erti kata lain, orang terakhir bersama mangsa adalah ibunya sendiri.

“Polis mendapat reman seminggu dan hasil dapatan siasatan akan digunakan bagi mendapatkan pengakuan mereka berdua,” ujarnya.

Polis menyiasat motif sebenar kematian Zayn Rayyan selepas pasangan tersebut direman.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ibu bapa Zayn Rayyan direman seminggu bermula kelmarin untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Malah, motif pembunuhan juga setakat ini masih dalam siasatan.

“Mereka berdua (ibu bapa) direman seminggu bermula hari ini (semalam) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Penangkapan mereka berpandukan hasil risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang,” katanya.

Namun begitu, maklumat lanjut masih belum boleh didedahkan pada ketika ini.

“Ibu bapa terbabit ditahan jam 10.05 pagi semalam (kelmarin) oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Arwah Zayn Rayyan Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Polis Tak Hentikan Siasatan, Ganjaran RM20,000 Kepada Yang Dapat Salurkan Maklumat Hingga Pembunuh Diberkas 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Sep 2023
Featured Mon, 23 Oct 2023

Viral Di TikTok, Penyanyi Asal Perjelas Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

Tiap kali dengar lagu ni memnag goosebump lah min. Siap dengan air mata lagi!🤧

Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Featured Fri, 8 May 2020

Seri jadi isteri, Zahirah MacWilson wajah Lebaran Innai Red

Lawa-lawa koleksi Lebaran Innai Red tahun ini

Hiburan Mon, 10 Apr 2023
Trending Mon, 22 Feb 2021

“Tergelak Sampai Tercabut Gigi Palsu” – Netizen Pecah Perut Tonton Persembahan Sharifah Shahira Tiru Gaya Ella di Famili Duo

Aksi pengacara dan pelawak Sharifah Shahira atau Shiera bersama anaknya, Tallisya berentap di episod kedua program Famili Duo malam tadi meraih perhatian netizen. Di pusingan muzik video, Shiera dan Tallisya berjaya menyampaikan lagu Hopelessly Devoted […]

Featured Tue, 10 Jul 2018

Kalau Tak Nak Saiz Badan Bertukar XXL, Jangan Lakukan 4 Perkara Ini!

Jangan lakukan perkara ini kalau tak nak menyesal badan gemuk!

Featured Fri, 8 May 2020
error: Content is protected !!