Kisah Viral By: Khairil Khusyairi February 22, 2024 @ 7:48pm

Kes Zayn Rayyan: Polis Tak Hentikan Siasatan, Ganjaran RM20,000 Kepada Yang Dapat Salurkan Maklumat Hingga Pembunuh Diberkas 

Lebih dua bulan berlalu, pihak Polis Diraja Malaysia menegaskan tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, selepas tragedi itu berlaku di Damansara Damai, Petaling Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata walaupun berdepan cabaran termasuk dalam mengesan lokasi utama kes pembunuhan itu, polis tidak berputus asa dan meneliti setiap maklumat diterima, untuk menyelesaikannya kes itu.

Setiap kepakaran yang ada di jabatan berkenaan termasuk dalam aspek forensik, telah dikerah bagi memastikan penjenayah yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan.

“Pada ketika ini, pasukan saya masih melihat bahagian teknikal, kebanyakan keputusan forensik sudah ada dan cabaran kita ialah kita tidak dapat kenal pasti lokasi utama kejadian… yang kita dapat ialah lokasi kedua.

“Kita masih menunggu, masih lagi cuba buat penyegitigaan selain memperhalusi beberapa perkara teknikal termasuk kenyataan yang dikumpul daripada orang ramai,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama BERNAMA baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya menjangkakan akan mendapat maklumat baharu, selepas Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Seri A Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000, kepada individu yang dapat menyalurkan maklumat sehingga penjenayah terlibat diberkas.

“Mungkin RM20,000 ditawarkan beri motivasi kepada orang yang melihat sebagainya untuk beri petunjuk baru dan apa sahaja petunjuk kita akan proses (siasat),” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak terus meletakkan ibu bapa Zayn Rayyan dalam keadaan tertekan, dengan mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan anak mereka, kerana pasangan itu tidak terlibat.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Sempena 1 Juta View di YouTube, Baim Wong Jadi Orang Gila

Video prank oleh Baim Wong sempena 1 Juta View YouTube membantu peniaga pisang menunaikan umrah. Baik sungguh niat dan hatimu Baim Wong

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

“It’s A Boy!” – Remy Ishak Teruja Kongsi Momen Bersama Anak

Alhamdulillah, mesti comel baby boy Remy & Ezza ❤️

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Adakah Nana Bakal Ulangi Kejayaan Tahun Lalu?

Tercalon dalam empat kategori malam ini, good luck Nana! Kalau ada rezeki, Insya Allah tak ke mana ya!

LIFESTYLE Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Fri, 11 May 2018

Che Ta Bengang Dikata Playsafe, Sampai Terkeluar Perkataan B**i

Dah kenapa sampai terkeluar perkataan B**i, Che Ta…

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Rasa Kalau Tok Ram, Mau Dia Bakar Studio Ni”- Mokhzani Ismail ‘Pantang’ Dengar Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Awal minggu ini tular tentang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi, Baby Shima menerusi lagu Baby Sayang yang trending nombor satu di YouTube. Rata-rata wargamaya menyifatkan usahawan tersebut seorang yang […]

Featured Tue, 27 Dec 2022