Featured By: Maya Basir December 27, 2022 @ 6:06pm

Alami Keracunan Makanan, Ramona Zamzam Bimbang Dilabel Sombong – “Risau Bila Orang Tengok Kami Tiada Di…”

Pelakon Ramona Zamzam menjelaskan bahawa dia dan suami, Rami Alashkar mengalami keracunan makanan dan terpaksa dirawat di hospital semasa menghadiri majlis perkahwinan adik perempuannya di Kampar, Perak, pada Ahad.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dia dan suami sudah berasa tidak sedap badan kerana berulang kali muntah serta cirit birit.

Malah, dia dan suami hanya dapat berada di majlis tersebut dalam beberapa minit sahaja.

Memetik laporan Utusan, Ramona mahu menjelaskan perkara tersebut kerana bimbang dilabel sombong kerana ramai kenalannya hadir ke majlis perkahwinan adiknya.

“Saya terpaksa jelaskan situasi ini sebab tidak mahu ada tetamu dan kenalan fikir saya sombong atau apa. Maklum sajalah, ini majlis perkahwinan, jadi ramai saudara-mara, keluarga, kenalan, termasuk guru sekolah saya dan adik hadir.

“Ramai yang ajak bergambar dan mahu bertegur sapa, saya pula tiba-tiba tidak sihat. Ingatkan cuma penat, tetapi apabila naik sebentar di bilik rehat, saya dan suami mula mengalami muntah-muntah.

“Saya risau bila orang tengok kami berdua tiada di majlis kahwin adik, nanti macam-macam andaian timbul. Sebelum terjadi, lebih baik saya jelaskan situasi sebenar,” katanya.

Susulan keadaan kesihatannya, pelakon KL Special Force ini bersyukur dirinya dan suami semakin pulih.

“Alhamdulillah, saya dan suami sudah semakin okey. Sudah ada tenaga sikit. Kalau tidak, agaknya untuk bercakap pun tidak berdaya. Kami berdua juga demam semalam, namun mujur sudah kembali sihat.

“Kami paling risaukan anak, Ivanna sebab dia yang terlebih dahulu mengalami keracunan makanan. Tetapi, dia sudah sihat selepas dirawat di klinik. Tidak boleh bayangkan kalau kami tiga beranak sama-sama jatuh sakit.

“Kami jenis yang tidak mahu susahkan orang. Dulu, masa sakit, keluarga mahu tolong hubungi ambulans, tetapi kami rela pandu sendiri kereta untuk ke hospital,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia berharap agar tidak pihak yang tersinggung kerana tidak dapat bersua muka pada majlis tersebut dan memohon maaf andai ada salah faham.

Untuk rekod, Ramona mendirikan rumah tangga bersama Rami pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia lima tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 May 2022
Featured Tue, 2 Nov 2021

Bayaran i-Citra RM1,000 Mula Dikreditkan November Ini, Jom Semak Tarikh Bayaran & Status Permohonan

Untuk makluman, bayaran i-Citra bagi bulan keempat iaitu November 2021 bakal dilaksanakan pada awal bulan ini. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 juga telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh lima […]

Drama Fri, 15 Apr 2022

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Saksikan drama Do You Love Me, Captain? untuk melihat keserasian Sharifah Rose dan Ali Rezark bergandingan bersama.

Trending Wed, 29 Aug 2018

小妹美劳作业「机智复制」抓猫来照描

对于小朋友来说,要画图画得「像」其实不太容易,但是等到长大了才会觉得,那个画得歪歪歪扭扭的样子,其实超可爱超有纪念价值的呀!

Trending Tue, 27 Aug 2019

一个结婚蛋糕吃了49年!这对夫妻明年用蛋糕屑继续

美国宾夕法尼亚州就有一对白发苍苍的夫妻,把1970年结婚时的结婚蛋糕冷冻起来,每年一到结婚纪念日便切一小块出来吃,持续了整整49年。

Tech News Sun, 6 May 2018

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

MV Terbaru Taylor Swift “ME!” Catat Tontonan Tertinggi Di Youtube Dalam Masa 24 Jam

Taylor Swift sekali lagi mencipta magis apabila  berjaya mendapat tontonan tertinggi di Youtube menerusi muzik video terbaru beliau,’ME!’. 

Featured Mon, 11 Apr 2022