Hiburan By: SGMS Faida October 7, 2018 @ 2:30pm

ABPBH31: Adakah Nana Bakal Ulangi Kejayaan Tahun Lalu?

Hampir dua puluh tahun bergelar penyanyi, Siti Nordiana atau Nana mengaku sudah matang berbanding di awal kemunculannya dulu.

Malah, penyanyi yang bersaing dalam empat kategori pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 31, malam ini mengakui populariti diperoleh hari ini bukan mudah.

“ Kejayaan membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular tahun lalu sesungguhnya kejayaan yang paling manis. Saya tidak pernah bermimpi boleh ke tahap sejauh ini apa lagi memenangi Bintang Paling Popular.

“ Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, saya pernah popular dan jatuh. Peluang kedua yang ada ini sudah tentu saya gunakan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, saya bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya.

Malam ini Nana bakal berentap dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Jaclyn Victor, Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular.

Buat Nana, kami ucapkan semoga sukses dalam karier dan seandainya rezeki berpihak pada Nana pada malam ini, tahniah ya! Malam ini jangan lupa saksikan ABPBH31 bermula jam 9 malam di saluran TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2019
Hiburan Wed, 29 Nov 2017

Hormat Permintaan Keluarga, Fattah Mohon Doa Peminat

Nikah dalam majlis tertutup menghormati permintaan dua belah pihak keluarga

Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Nick Jonas Ganti Adam Levine Dalam THE VOICE 2020!

Nampaknya, persaingan agak sengit dalam The Voice musim terbaharu ni.

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

DJ Avicii Meninggal Dunia

Saya melihat beliau sekali lagi keesokan harinya dan Avicii sangat peramah, rendah diri dan turut bergambar bersama…

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Hetty Sarlene Dikatakan Tiru Rekaan Baju Che Ta

Rekaan baju dikatakan sama dengan Che Ta diinsipirasikan daripada burung merak, siapa sebenarnya yang mereka rekaan ini dahulu..

Events Sat, 1 Dec 2018

Harga Petrol RON 97 Turun Sepanjang Disember

Berita baik bagi pengguna RON 97, harga minyak turun ke RM 2.50 seliter sepanjang Disember 2018.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Gandingan REV Media Group & Dattel Asia Group Perkasa PKS dengan Pengiklanan Berasaskan Data

Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan

| Live TV