Selebriti By: Atiqah Johari June 4, 2023 @ 6:23pm

Netizen Kritik Anak Sakinah Terkencing Atas Sofa Nabila, Sharifah Shahirah Tampil Perjelas Situasi

Baru-baru ini, penyampai radio, Sharifah Shahirah berkongsi sebuah video yang memaparkan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila sedang membersihkan sofanya kerana anak kepada Sharifah Sakinah terkencing sewaktu tidur.

Susulan itu, ada segelintir warganet memberi kritikan terhadap anak Sakinah iaitu Anais Adha, 6, dan menyifatkan anaknya itu tidak sepatutnya terkencing serta menyelar cara didikan Sakinah.

Oleh itu, Sharifah Shahirah tampil menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan anak saudara dan adiknya itu dihujani kata-kata negatif warganet.

Jelasnya, dia membawa Anais melawat ke rumah Nabila pada malam itu dan menyatakan anak saudaranya itu seorang kanak-kanak yang berdisiplin kerana akan tidur pada pukul 8.30 malam namun dia terlupa untuk ke tandas sebelum tidur.

“I repost from someone viral kan kita baca komen so elakkan korang dapat dosa kosong.

“Anak Sakinah tido awal kita datang rumah Nabila pukul 10 malam so kita lupa sebelum tido dia patut pergi toilet.

“Anak Sakinah sangat disiplin tido pukul 8.30 kita bawak pergi jalan malam-malam dia tido atas sofa ye,” jelasnya.

Sehubungan itu, Shahirah meminta warganet untuk berhenti melemparkan komen negatif terhadap anak Sakinah.

“Aku yang besar pun pernah terkucil bila tido apa lagi budak kecik.

“So stop cakap comment kat TikTok cakap 6 tahun kencing bersepah pastu anak Sakinah Alhamdulillah so bijak boleh berfikir ye dia nak kencing dia pergi toilet dan dia sangat independent… sekian terima kasih.

“Kalau tengok kat TikTok ichiwon comment tu salah fikir eh salah salah… dia tidur dalam tak sedar ehhhh… tak baik tak baik,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Sat, 28 Sep 2019
Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Sat, 20 Oct 2018

‘Siapa Yang Tak Move On Ni’, Intan Liana Tuju Pada Siapa?

Kes cerai wanita bernama Intan Liana Saleh antara isu yang mendapat perhatian orang ramai sejak 22 Mac lalu. Biarpun dirinya bukanlah seorang artis, nama Intan mula menjadi bualan selepas bekas suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid […]

Featured Tue, 29 Jun 2021

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP Mulai 12 Julai 2021

Umum maklum, kerajaan telah mengumumkan pengeluaran KWSP iaitu sebanyak RM 5,000 kepada semua pencarum melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai syarat dan cara permohonan i-Citra. Apakah i-Citra […]

Trending Tue, 10 Dec 2019

Cha In-Ha artis K-drama kejutkan peminat muzik Korea?

Harga kemasyhuran yang berakhir dengan kematian!

Trending Tue, 14 May 2019

Aliff Aziz Kantoi Lagi, Check In Hotel Bulan Puasa?

Betul ke Aliff Aziz ni? Haih, bulan ramadan pun nak check in hotel ke bang?

Hiburan Tue, 16 Jan 2024