Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar December 4, 2019 @ 6:23pm

Solekan tampak semula jadi dengan Tinted Cover Nudestix

Pemakaian bedak asas cecair sebagai asas kepada solekan mampu menjadikan wajah lebih berseri, namun ada kalanya bedak asas yang digunakan tidak bersesuaian dengan kulit sehngga tampak seperti topeng.

Memahami keperluan itu, jenama barangan kecantikan Nudestix memperkenalkan bedak asas cecair baharu iaitu Tinted Cover yang akan memberikan solekan anda tampak lebih semula jadi.

Tinted Cover ialah bedak asas cecair yang diformulasi menggunakan formula inovatif produk kecantikan Korea dengan pigmen berwarna yang mampu menjadikan tona kulit lebih sekata dan berseri.

Pemakaian berterusan produk baharu ini mampu melindungi kulit daripada penuaan yang disebabkan persekitaran seperti kesan sinaran cahaya matahari, selain melembapkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit wajah secara keseluruhan.

Bedak asas cecair Tinted Cover Nudestix bukan sahaja menyerlahkan solekan semula jadi, tetapi juga membaik pulih kulit.

Pengasas Bersama yang juga Ketua Pegawai Inspirasi Nudestix, Taylor Frankel, berkata bedak asas cecair baharu Nudestix itu dihasilkan dengan matlamat untuk menjadikan kulit tampak lebih cantik secara semula jadi.

“Tinted Cover dihasilkan dengan mengambil kira keutamaan formulasi produk penjagaan kecantikan walaupun ia sebenarnya bedak asas. Sebaga pengguna, saya amat teruju dengan Tinted Cover yang memberikan hasil solekan tampak semula jadi, tetapi lebih berseri.

“Bedak asas ini adalah gabungan sempurna ramuan yang menghidrat dan memulihara kulit dengan pigmen berwarna yang dapat menutupi kekurangan pada kulit dan pada masa sama menjadikan kulit wajah tampak sempurna,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Taylor (kanan) bersaam Ally (kiri) dan ibunya, Jenny menghasilkan jenama kosmetik Nudestix berdasarkan cita rasa mereka. Gambar hiasan/buro247.me

 

Nudestix ialah jenama yang diilhamkan oleh pasangan adik beradik iaitu Taylor dan juga Ally Frankel dengan dibantu ibu mereka, Jenny Frankel yang juga seorang jurutera kimia. Keluarga berkenaan dikatakan amat menggemari solekan yang tampak semula jadi dan polos dengan sedikit sentuhan warna untuk menyerlahkan bahagian muka tertentu.

Sehubungan itu, mereka sepakat untuk menghasilkan produk kosmetik yang dinamakan Nudestix dengan kepercayaan bahawa wanita hanya perlu melindungi wajah pada bahagian tertentu berdasarkan konsep ‘pilih semula jadi, tapi tampak lebih baik (go nude but better).

Rahsia Tinted Cover

Tintied Cover menawarkan 14 rona yang sesuai untuk kulit wanita di seluruh dunia.

Produk ini menggunakan ramuan semula jadi yang baik untuk kulit wajah yang lazimnya boleh didapati dalam psroduk kecantikan mewah. Tinted Cover menggunakan teknologi-hidra bagi melembutkan kulit dan 18 ekstrak semula jadi yang mampu menyeimbangi keadaan kulit, selain melindunginya daripada pencemaran alam sekitar, memberikan kelebihan antipenuaan dan membaik pulih tekstur kulit.

Ramuan yang digunakan lebih ringan dan mesra kulit selain mineral pemutihan yang sebati dengan tona warna kulit asal supaya kulit kelihatan lebih asli, sekata dan menyerlah.

Selain 18 ramuan itu, Tinted Cover Nudestix turut mengandungi bahan yang kalis air supaya solekan tahan lama dan  minyak lavendar serta minyak chakra yang berfungsi untuk memberikan ketenangan kepada si pemakai.

Tinted Cover Nudestix didatangkan dalam 14 tona iaitu Nude 1, Nude 1.5, Nude 2, Nude 2.5, Nude 3, Nude 3.5, Nude 4, Nude 5, Nude 6, Nude 7, Nude 7.5, Nude 8, Nude 9 dan Nude 10.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sun, 29 Jul 2018

Harga Durian Runtuh Lipstik Sempena Sambutan Hari Gincu Antarabangsa 2018

Hari Gincu Antarabangsa yang diperkenalkan pada tahun lalu adalah cetusan idea dari jenama M.A.C

Featured Thu, 24 Nov 2022
Eat Travel Tue, 23 Oct 2018

Negara-Negara Mana Yang Paling Selamat & Tak Selamat Untuk Dilawati Di Dunia? Ini Jawapannya

Sebelum melancong, anda perlu menitikberatkan tahap keselamatan anda nanti.

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Thu, 29 Jan 2026

Zul Ariffin Kembali Dengan Aura Menggoda, Drama Bisik Asmara Janji Ketegangan Emosi

Gandingan mantap dua pelakon hebat ini amat dinantikan peminat apatah lagi kedua-duanya diberi peranan membawakan watak romantik.

Events Fri, 10 Oct 2025

ZRA Bidas Netizen ‘Biadab’ Label Sukarelawan GSF ‘Gila’ Publisiti – “Mereka Yang Pertikai Soal Palestin Ibarat Seperti Anj*ng!”

Satu ucapan penuh emosi aktivis berkenaan menegaskan, tindakan dan perjuangan kemanusiaan yang dijalankan bukan untuk meraih perhatian.

Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

error: Content is protected !!