Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin October 10, 2025 @ 8:08pm

ZRA Bidas Netizen ‘Biadab’ Label Sukarelawan GSF ‘Gila’ Publisiti – “Mereka Yang Pertikai Soal Palestin Ibarat Seperti Anj*ng!”

Wartawan dan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad lantang bersuara menepis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa perjuangan ke Gaza hanyalah ‘drama’, ‘wayang’ dan usaha mencari publisiti semata-mata.

Menerusi muat naik video tular di platform TikTok,  satu ucapan penuh emosi aktivis berkenaan menegaskan, tindakan dan perjuangan kemanusiaan yang dijalankan bukan untuk meraih perhatian, tetapi demi tanggungjawab terhadap masyarakat khasnya saudara kita di bumi Palestin.

“Setiap anda mempunyai peranan untuk membentuk sebuah society. Di eropah kenapa mereka kuat? Kerana di sana orang tak sembang tentang drama atau sumud ni ‘wayang’… tak banyak pun bodoh dilahirkan di eropah.  Adalah cuma tiga empat ketul lahir dalam negara ni.

“Untuk orang-orang macam ni saya bagitahu lah ya ”Abang kalau pakai pampers, berak, kencing tukar pampers tu…kalau tak tukar najis tu semua naik dekat otak itu pasal otak jadi taik”.

“Itu pasal abang-abang keluarkan komen kata misi ini hanya drama, wayang mahupun cari publisiti. Kami bukan orang yang struggle di media sosial ya,” ulasnya.

 

Mengulas lanjut, Zainal atau lebih dikenali dengan panggilan ZRA menjelaskan, perjuangan mereka bukan sekadar misi menghantar bantuan, tetapi membawa mesej kemanusiaan dan solidariti sejagat yang lebih besar maknanya.

“Nak jadi gangster tak tercapai, nak jadi taiko tak tercapai, nak jadi pengkritik politik tak tercapai. Esok lusa tuan-tuan dan puan-puan jangan kata ini setakat nak menghantar bantuan dan mengharung lautan, setakat sekali bergadai nyawa. Tidak.

“Kami bukan datang ke media sosial dengan pelbagai cita-cita tapi semuanya gagal. We are not a loser! Kita running Palestin dua tahun lebih and we are not failure!

“Saya nak kritik dan tegur orang yang mempertikaikan soal Palestin ibarat seperti anjing. Anjing tu dia menyalak malam ada dua sebab. Satu kerana, dia cemburukan bulan mengambang. Dua adalah tamak. Itulah ibarat orang yang selalu bercakap bahawa perjuangan ini adalah drama atau mencari publisiti.

“Kalau dalam hidup kita gila publisiti, gagal jadi artis keran amuka macam kotak kasut dan sebagainya, jangan datang dan ganggu soal perjuangan dan mereka yang berpegang pada ijtihad,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Betty Rahmad Tegur Netizen Anggap Peserta Misi Kemanusiaan ‘Banyak Drama’- “ Kenapa Kejam Sangat Ya?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Dalam Keadaan Sekarang Pun Masih Mencari Salah, Bukan Calang Orang Mampu Terlibat Dalam Misi Kemanusiaan” – Betty Rahmad

ARTIKEL BERKAITAN:Syamel Buka Mulut Isu Netizen Pertikai Misi Kemanusiaan Pejuang GSF – “Jangan Persoalkan Andai Diri Sendiri Tak Mampu Tandingi Ikhlas Mereka”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Jun 2020
Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Isteri Respons Isu Remy Ishak Komen Emoji ‘Love Eyes’ Pada Gambar Pelakon Wanita Indonesia

Ezza menjelaskan komen tersebut bertujuan untuk mempromosikan filem terbaharu gandingan Remy bersama aktres Indonesia itu.

Featured Thu, 26 May 2022

Halusinasi Dipercayai Punca Remaja Tikam Ibu Sedang Tidur

Allahuakbar… ibu masih dalam keadaan sangat parah

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Sharifah Sakinah Titip Nasihat Buat Balqis

Setelah kisah pelakon cilik, Puteri Balqis yang menghadapi sakit misteri sejak dua tahun lalu dan kesempitan hidup selepas ibu bapanya bercerai tular, ramai yang melahirkan rasa simpati terhadapnya. Lebih-lebih lagi apabila Balqis mengatakan dia tidak […]

Featured Fri, 7 Apr 2023
Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Mahu Lebih ‘Confident’ & Jaga Penampilan Diri, Zoey Rahman Mengaku ‘Buat Muka’ – “Orang Tak Suka Abaikan Saja”

Saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu – Zoey Rahman

Selebriti Fri, 9 Feb 2018

FATTAH, FAZURA NAIK PELAMIN 25 FEBRUARI

Fattah, Fazura memilih Februari sebagai bulan untuk meraikan hari bersejarah. Persandingan pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan di sebuah hotel di ibu kota. Pasti meriah kan!

error: Content is protected !!