Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin October 3, 2025 @ 6:01pm

“Dalam Keadaan Sekarang Pun Masih Mencari Salah, Bukan Calang Orang Mampu Terlibat Dalam Misi Kemanusiaan” – Betty Rahmad

Susulan pelbagai isu tular mengenai pertikaian kenapa golongan wanita ‘sibuk’ berjihad atau terlibat dalam misi kemanusiaan, pelakon dan usahawan betty Rahmad akhirnya tampil bersuara.

Kata Betty, ini bukan masanya untuk mana-mana pihak bertelagah khasnya dalam isu misi kemanusiaan.

Tegasnya, mereka yang secara sukarela terlibat dalam misi kemanusiaan sehingga sanggup meninggalkan harta dunia  dan keluarga demi membantu penduduk Gaza adalah sesuatu yang hebat.

“Tak faham dengan orang yang dalam keadaan sekarang ni masih mencari salah.

“Bukan calang-calang orang yang mampu buat apa yang mereka buat sekarang ini. Tinggal anak, suami… Allah yang pilih mereka ada dekat mana mereka berada sekarang. Sebab Allah SWT maha mengetahui yang mereka mampu dan kuat,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi Betty menerusi hantaran di Threads miliknya.

Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, Betty menitipkan pesanan agar sentiasa berdoa yang baik-baik dan fokus kepada situasi yang menimpa para peserta Global Sumud Flotilla (GSF).

Berkatalah yang baik-baik . Hidup dah cukup memenatkan jangan tambah lagi kepenatan.

“Yang post atau tidak biarkanlah. Buat masa sekarang, mari kita fokus kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, penangkapan para peserta misi kemanusian GSF pada Khamis menyorot perhatian ramai pihak apabila kapal yang dinaiki mereka sudah hampir ke perairan Gaza.

ARTIKEL  BERKAITAN:Nadir Al Nuri Dedah Isr**l Sebar Video Propaganda, Dakwa Peserta GSF Pengganas… Kelibat The Helmi’s Curi Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN:Kapal Mikeno, Ardell Aryana Disahkan Telah Dipintas Tentera Isr**l

ARTIKEL BERKAITAN:Ardell Aryana Kongsi Momen Cemas Sebelum Lakukan SOS – “Saya Dengar Jeritan Demi Jeritan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Nov 2024

Bekas Adik Ipar Nak Saman RM5 Juta, Iqbal Zulkefli Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan

Iqbal Zulkefli mendakwa dia belum menerima sebarang surat tuntutan saman RM5 juta oleh bekas adik iparnya.

Trending Thu, 9 Apr 2020
Featured Sun, 20 Nov 2022

“Terima Kasih Sabak Bernam” – Eizlan Yusof

Terima Kasih Datuk Seri Eizlan Yusof

Replicated Draft Mon, 21 Aug 2023

Terharu Pulak Tengok Iklan Merdeka Ni, Terasa Semangat Patriotisme Tu!

Bulan Ogos dah tiba! Beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Mesti banyak aktiviti yang korang dah plan cuti panjang merdeka ni kan? Bukan tu je, yang paling dinantikan adalah iklan-iklan […]

error: Content is protected !!