Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana April 20, 2023 @ 2:35pm

“Balik Kerja Penat-Penat..” – Sadis! Kisah Suami Mendedahkan Isteri Curang Di Rumah Sendiri Buat Ramai Sebak

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki berkongsi detik hitam ketika dicurangi oleh isteri sendiri di dalam rumah.

Menurut lelaki tersebut, dia sendiri yang membongkar kecurangan isterinya apabila pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak lelaki lain di belakang pintu.

Apa yang lebih menyedihkan apabila individu terbabit masih mempunyai anak-anak yang masih kecil dan bertungkus-lumus mencari rezeki demi anak dan isteri di rumah.

@arbafoundation“Kenapa bapa tunggal susah nak dapat bantuan ya.. saya pun jaga anak-anak sorang-sorang juga..sama seperti ibu tunggal yang lain..” Bermula dengan ucapan terima kasih atas bantuan yang disampaikan.. kami bertanyakan macam mana persiapan nak raya ni dan di mana keberadaan ibu kepada anak-anaknya.. Tak kami sangka tersingkap pula kisah silam yang lukanya masih dirasakan Encik Asmadi sampai sekarang, walaupun sudah hampir 9 tahun berlalu. Waktu tu, anak paling kecil usia 3 tahun. Curang. Dera anak. Buruk mana pun perkara yang terjadi beliau tak halang jika bekas isteri nak jumpa anak-anak. Katanya itulah syurga anak-anaknya. Semenjak tu, anak sulungnya lah menjadi kakak yang menjaga adik-adik. Setiap kali balik sekolah dia akan masak, kadang Encik Asmadi masak.. Sebak bila lihat anak sendiri terpaksa hidup macam ni, balik sekolah penat-penat kena masak dan jaga adik-adik.. beliau kalau boleh taknak anaknya lalui semua tu..Tapi apakah pilihan lain yang ada.. Pendapatan Encik Asmadi tak cukup nak sara anak-anak. Tak sanggup nak lihat anaknya lapar dan tak ke sekolah, beliau terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi pada ceti. RM300 pokok bersama RM400 bunga setiap bulan.. Dengan gaji tak sampai RM2000, berapa je berbaki untuk menanggung hidup mereka empat beranak. Allahuakbar.. Ini bukanlah kali pertama kami dengar kisah keluarga susah meminjam pada along atau ceti. Mereka terdesak.. tak seperti kita kebanyakannya.. mereka tiada keluarga terdekat atau rakan-rakan yang boleh bantu. Akhirnya nyawa yang menjadi taruhan.. Di hari-hari akhir Ramadhan yang berbaki ini, sama-sama kita bantu dan doakan agar beban hutang Encik Asmadi dapat diselesaikan secepat mungkin. Bantuan boleh disalurkan di link kami di bio atau terus ke ARBA International Waqf (L) Foundation Affin Islamic Bank 1067 1000 8872 “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Nabi Muhammad SAW)♬ original sound – ARBA Foundation

“Balik kerja ni, penat-penat, tiba-tiba ada jantan lain belakang rumah, belakang pintu. Kau sanggup buat suami macam tu? Saya bertungkus lumus cari duit.

“Saya sanggup berhutang dengan ceti lagi pasal nak membesarkan anak. Dia tak pernah bekerja, duduk rumah saja saya minta, jaga anak-anak,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sebak dan mendoakan supaya urusan dipermudahkan malah ada yang cuba membantu mencari individu terbabit untuk hulurkan bantuan.

“Allahu bang, semoga dipermudahkan segala urusan abang di dunia dan juga akhirat.

“Macam mana saya nak hulurkan bantuan kat pak cik ni? Pengorbanan seorang ayah. Siapa kenal atau tahu abang ni kat mana,” ujar warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 11 Jun 2025
Featured Tue, 17 Dec 2024
Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Da Unknown Mahu Mencuba Pelbagai Jenis Genre

Baru best kalau boleh menyanyi pelbagai genre

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

Kucing Kakak Sophia Albarakbah ‘Catwalk’ Pentas Akhir Cat Fashion Week

Chibbu kucing kakak Sophia Albarakbah ke pentas akhir Cat Fashion Week

Hiburan Fri, 28 Jul 2023
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Radhi OAG- Ayu Cerai Talak Satu

Hakim Syarie Husaini Roslin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Radhi terhadap Ayu pada 25 Mac lalu adalah sah dan mengikut syarak

Hiburan Fri, 10 May 2019

Ini Sebab Kenapa Korang Kena Layan Drama Terbaru “The Promise” Di 8TV

Drama konflik keluarga antara dua zaman, jangan lupa saksikan The Promise di 8TV!

Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Gigi Kembali ‘Nakal’ Di Kuala Lumpur

Wahh akhirnya terubat jugak rindu peminat nak tengok Gigi perform!

error: Content is protected !!