Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 16, 2019 @ 12:50pm

Radhi OAG- Ayu Cerai Talak Satu

Penyanyi Radhi OAG dan isterinya, Ayu sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, hari ini.

Hakim Syarie Husaini Roslin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali (defendan), 41, terhadap Nur Shahira Ayu atau Ayu, 25, (plaintif) pada 25 Mac lalu adalah sah dan mengikut syarak.

Hakim juga memerintahkan defendan menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam daerah Petaling dan sijil nikah dibatalkan.
 
“Mahkamah meluluskan tuntutan plaintif berdasarkan Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Mahkamah mensabitkan lafaz yang dibuat di luar dan tanpa kebenaran mahkamah pada 25 Mac lalu, jam 4.20 pagi adalah sah dan jatuh talak rajie,” kata Husain.

Prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk Radhi membuat sumpah nafi susulan keterangannya kepada mahkamah pada tarikh lalu bahawa dia tidak mengingati lafaz yang dibuat kepada Ayu pada hari kejadian.

Sumpah nafi ialah sumpah yang perlu dibuat seseorang individu bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah menjatuhkan sesuatu keputusan.

Terdahulu, di awal prosiding, ketika disoal mahkamah adakah Radhi masih konsisten dengan keterangannya seperti tarikh lalu atau ada pindaan, penyanyi itu berkata,

“Bukan saya nafi (melafazkan cerai) cuma saya tak ingat sama ada saya lafaz perkataan cerai, lepas, blah dan chow. Tapi saya memang ada cakap, namun tak pasti,” katanya.

Husaini berkata, walaupun tidak ingat satu perkataan, Radhi masih perlu melafazkan sumpah nafi kerana Ayu masih konsisten dengan dakwaannya bahawa Radhi melafazkan ‘Aku cerai kau dengan talak satu’.

Selepas mendengar penerangan mahkamah, Radhi kemudian mengubah fikiran dan akhirnya bersetuju dengan dakwaan yang dikemukakan Ayu.

Ayu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu pada 3 Jun lalu.

Pasangan itu masing-masing tidak diwakili peguam dan hadir secara berasingan.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua anak, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum ini, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim yang kini berusia 14 tahun.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Featured Fri, 20 Feb 2026

“Kasih Sayang Yang Kita Rasakan Hanya Dari Allah”- Fazura

Kata Faz, rasa cinta dan kasih yang wujud sesama manusia adalah kurniaan daripada Allah SWT dan perasaan itu seharusnya disyukuri.

Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Isu Tuntutan RM1.3 Juta Intan Najuwa: Rizman Ruzaini Enggan Ulas Lanjut, Hormati Proses Mahkamah

Intan Najuwa tuntut RM1.3 juta, Rizman Ruzaini pilih hormati proses mahkamah.

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Mahu All Out Untuk ‘Zharfa’, Kaka Azraff Kerja Dalam Pantang?

Kalau ikutkan hati, saya memang mahu sertai sesi promosi filem ini cuma…

Hiburan Thu, 24 Apr 2025

Eyka Farhana Gementar Tapi Teruja, Persiapan Nikah Hampir Selesai

Persediaan majlis kahwin Eyka Farhana Akhyar Rashid 80 peratus

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Fazley, Azrene Naik Pelamin 27 November Ini

Pasangan kekal yang sudah 13 tahun berkahwin ini bakal diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi santai. Terbaiklah!

error: Content is protected !!