Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 29, 2026 @ 5:50pm

Isu Tuntutan RM1.3 Juta Intan Najuwa: Rizman Ruzaini Enggan Ulas Lanjut, Hormati Proses Mahkamah

Duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut berhubung tuntutan RM1.3 juta yang difailkan oleh pelakon suami kepada aktres Datin Intan Najuwa, usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman memandangkan kes berkenaan masih dalam proses mahkamah.

Menurut Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, setiap isu mempunyai dua sisi, namun mereka mengambil pendekatan untuk menghormati sepenuhnya perjalanan undang-undang yang sedang berlangsung.

“There’s always two sides of the story. Tapi, kami tidak boleh mengulas apa-apa ketika ini kerana semuanya masih dalam proses mahkamah. Kami perlu menghormati prosedur yang sedang berjalan. Apabila tiba masanya, barulah perkara ini akan dijelaskan,” kata mereka.

Rizman Ruzaini ditemui di pertunjukan fesyen koleksi Syawal 2026 di butik mereka di Hotel
Shangri-La, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, duo pereka itu menegaskan sepanjang lebih dua dekad membina nama dalam industri fesyen dan keusahawanan, setiap keputusan yang diambil sentiasa berlandaskan kematangan serta profesionalisme.

“Kami sudah lebih 20 tahun berada dalam industri ini. Apa sahaja yang kami lakukan perlu mencerminkan kematangan. Setiap cabaran yang dihadapi, kami cuba memilih jalan terbaik dan menyelesaikannya secara profesional,” jelas mereka.

Menyentuh soal reputasi jenama Rizman Ruzaini, mereka berpandangan isu berkenaan tidak menjejaskan sokongan pelanggan setia yang selama ini menjadi tunjang kekuatan jenama tersebut.

“Apa yang membuatkan kami terus kukuh selepas 20 tahun adalah sokongan yang sangat kuat. Mungkin isu ini bukan sesuatu yang besar kepada peminat rekaan Rizman Ruzaini kerana sokongan mereka kekal sehingga hari ini,” tambah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukup Tiga Tahun Berdiam Diri” – Intan Najuwa Tuntut RM1.3 Juta, Seru Rizman Ruzaini Patuhi Perintah Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Bergaya! 20 Tahun Dalam Dunia Fesyen, Rizman Ruzaini ‘Takluk’ KLCC

Terdahulu, Intan dan suami dilaporkan menuntut RM1.3 juta selepas mendakwa sudah tiga tahun berdiam diri sebelum mengambil tindakan undang-undang serta menyeru pihak berkenaan mematuhi perintah mahkamah yang dikeluarkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Oct 2022

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu […]

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Lazarul Tersingkir, Empat Protege Mara Ke Pentas Akhir Mentor 7

Empat protege program realiti popular ini iaitu Pasya, Ranisha, Zaaim dan Azmirul bakal berentap di pentas akhir.

Featured Mon, 8 Sep 2025

“Saya Tak Pernah Niat Join Sumud Sebab Nak Jadi Sebutan” – Farah Lee

Farah Lee sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bukan untuk menjadi sebutan.

Featured Thu, 5 Jan 2023

Lucu! Slang Maryam Younarae Luah Perasaan Buat Netizen Terhibur – “Balik Malaysia Rasanya…”

Pasangan pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae pulang ke Korea bersama dengan anak perempuan mereka, Rina sekitar bulan lalu. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Maryam di TikTok yang memaparkan dirinya sedang […]

Featured Mon, 15 Jul 2024
Hiburan Fri, 28 Jun 2019
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Tahniah! Ini Senarai Pemenang Di Anugerah Emmy Ke 70

Musim ketujuh Game of Thrones menerima sebanyak 22 pencalonan dalam Anugerah Emmy Primetime tahun ini.

error: Content is protected !!