Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2025 @ 12:07pm

“Saya Tak Pernah Niat Join Sumud Sebab Nak Jadi Sebutan” – Farah Lee

Personaliti media sosial dan aktivis kemanusiaan, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee menegaskan, tindakannya menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bukanlah untuk menjadi sebutan tetapi asbab mahu berjuang dan memberi bantuan buat penduduk Palestin.

Kata Farah menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story (IGS), selain meletakkan semangatnya dalam misi-misi kemanusiaan, dia juga sudah lama bercita-cita untuk menyertai ‘Sea Mission To Gaza’ selepas terinspirasi dengan pelbagai info yang dikongsikan oleh salah seorang anggota delegasi Malaysia dalam misi flotila kebebasan Gaza pada 2010 iaitu Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

“Tak pernah terlintas langsung pasal tak dapat liputan ke apa. Saya tak pernah niat apply join Sumud ni sebab nak jadi sebutan, nak diangkat ke apa, saya apply sebab memang kemanusiaan ni jiwa saya.

“Dari 2010 bercita-cita nak join sea mission to Gaza sebab terinspirasi dengan sharing Dato Hasanuddin masa beliau sertai Mavi Marmara (he came to Korea for sharing session),” katanya.

Mengulas lanjut, ibu anak satu itu berkata, meskipun sedih kerana tidak tersenarai dalam senarai krew yang bertolak dari Sepanyol namun, dia tidak pernah terlintas untuk mendapat sebarang liputan.

Malah, kekerapannya mengikuti misi menyebabkan dia juga jarang memuat naik hantaran di media sosial disebabkan kekangan masa.

“Saya dah biasa pergi misi, almost every month, dan kalau time misi cani lah, posting saya selalu 3 hingga 4 hari ke belakang sebab sejenis ‘so into the moment’ jadi tak ada masa nak update sosial media.

“Saya apply pun sebab saya tahu saya ada jumlah bilangan pengikut yang agak ramai. Jadi, penglibatan saya ni harapannya untuk jadi suara kepada Palestin dan saya harap anda semua melakukan perkara sama.  Jadilah suara sesuai kapasiti anda okay,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Terdahulu, Farah merupakan kumpulan kedua sukarelawan Sumud Nusantara yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang berlepas ke Itali dan Tunisia.

Selain Farah, antara rakan selebriti lain yang terlibat dalam misi ini adalah, Zizi Kirana, Ardell Aryana dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat).

Sekadar info, kumpulan pertama sukarelawan Sumud Nusantara yang menyertai Misi Kemanusiaan GSF berlepas ke Barcelona, Sepanyol pada Rabu lepas.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan satu flotila awam berskala besar dijangka belayar ke Semenanjung Gaza dengan kumpulan pertama dijadualkan berlepas dari pelabuhan di Sepanyol pada 31 Ogos, diikuti kumpulan kedua dari pelabuhan Tunisia pada 4 September.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Dec 2021

Didakwa Bawa Lari Anak-Anak, Ini Respons Badrul Muhayat – “Saya Kena Fitnah!”

Aktor popular 90-an, Badrul Muhayat memberikan respons mengenai dakwaan bekas isterinya yang mengatakan dia melarikan dua anak mereka. Enggan ditemu bual panjang, Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 53, memberikan jawapan ringkas. “Saya […]

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

INI UJIAN ALLAH, KITA SEMUA INSAN LEMAH – SOFI JIKAN

Pelakon filem KL Gangster 2 ini ditahan reman selama tiga hari untuk membuat siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja. Walau bagaimanapun, tempoh reman tidak akan disambung terhadap pelakon berusia 48 ini.

Hiburan Sat, 1 Jul 2023
Featured Mon, 2 Oct 2023
Trending Sat, 7 Nov 2020
Hiburan Mon, 23 Mar 2026
Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Ini 5 Rancangan Wajib Tonton Anda!

Jangan risau kerana tonton akan sentiasa memenuhi kehendak anda dengan menyiarkan drama-drama yang semestinya mendapat tontonan paling tinggi di Malaysia. Kalau nak tahu apakah drama tontonan yang paling mendapat tempat dihati masyarakat, Jom Kita lihat senarai ini!

Hiburan Fri, 13 Oct 2023

Sedang Berpantang, Nad Zainal Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga!

Alhamdulillah, congrats Nad Zainal & Ungku Ismail

error: Content is protected !!