Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 3, 2025 @ 5:38pm

Ellie Suriaty Sedia Bersemuka Dengan Imran Bard – “Teruskan Saman Atau Tidak Bergantung Pada Ketulusan Dia Minta Maaf”

Pengarah dan pelakon popular, Ellie Suraity memaklumkan pihaknya bakal bersemuka dengan pempengaruh sensasi, Imran Bard bagi menyelesaikan konflik antara mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar menjelaskan pihaknya telah memberi maklum balas kepada Imran beberapa hari sebelum berpuasa.

“Saya bersetuju dengan permintaannya untuk berjumpa. Namun menurutnya dia kini masih berada di kampung halamannya, saya memahami. Maka itu Insya-Allah perjumpaan akan diadakan sekembali dia ke Kuala Lumpur kelak,” katanya.

Dalam hantaran sama, Ellie turut menegaskan bahawa pertemuan tersebut akan menjadi penentuan sama ada pihaknya bakal meneruskan saman terhadap Imran ataupun sebaliknya, segalanya bergantung kepada keikhlasan Imran memohon maaf kepadanya.

“Namun, ingin saya tegaskan bahawa sesi pertemuan ini akan menjadi penentu, sama ada saya akan meneruskan proses saman atau sebaliknya, ia bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf darinya kepada saya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan selepas namanya disebut dalam satu video parodi oleh Imran Bard, yang didakwa mengaitkannya dengan istilah ‘kacip’ dan penggunaan dadah.

Berang dengan tuduhan tersebut, Ellie menegaskan bahawa dia hanya akan menerima permohonan maaf daripada ibu bapa Imran sendiri.

Bagaimanapun, pada hari Rabu lalu, Imran akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ellie melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram.

Artikel Berkaitan: Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”

Artikel Berkaitan: Imran Bard Mengaku Khilaf, Tampil Mohon Maaf Pada Ellie Suriaty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Muzik Video ‘Comel Pipi Merah’ Trending!

Muzik video yang dimuat naik melalui You Tube rasmi DatoSNurhalizaVEVO memperlihatkan perjalanan Siti ke dalam bilik pembedahan sehinggalah saat melahirkan Siti Aafifah.

Featured Wed, 27 Jul 2022

“Dah Kena Tinggal, Baru Nak…” – Netizen Salahkan Rossa Sera, Tak Jaga Penampilan Didakwa Punca Shuk Sahar Curang

Itu alasan cliche… kalau nak tinggal memang akan tinggal jangan beri alasan mengarut!

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

《娱协30》首轮入围有惊喜!黄明志有望夺「传媒推荐大奖」

《娱协30》首轮入围名单出炉,张栋梁、张智成、陈慧恬、东于哲和郭修彧共有3首歌曲入围;今年新增设的奖项包括最佳数位单曲奖和最佳经典流行歌曲奖,相隔30年再发片的郭晶丽以《珍惜拥有时》和《我想你了你知道吗》占了最佳经典流行歌曲两个入围席位,而最佳数位单曲奖更是全女班蔡恩雨、宇田、郭修彧、陈慧恬和李佩玲之争,可说是女势力堀起。

Drama Thu, 17 Nov 2022
error: Content is protected !!