Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 20, 2025 @ 7:15pm

Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”

Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pempengaruh media sosial, Imran Bard, yang didakwa menfitnahnya melalui satu video parodi di media sosial.

Menurut Ellie, video tersebut bukan sekadar gurauan tetapi telah mencemarkan nama baiknya dengan menuduhnya terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Bagi menegakkan keadilan, pelakon berusia 54 tahun itu mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan pendiriannya dan menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran.

“Apabila saya diaibkan dan dilakukan dengan sengaja maka wajarlah saya meminta ibu bapa dia sendiri yang datang meminta maaf.

“Bila dia tak faham adab, saya nak bercakap dengan dia sendiri untuk berbicara tentang adab. Kalau dia bijak, secepat mungkin dia akan datang kepada saya memohon maaf,” katanya.

Ellie membuat kenyataan ini dalam satu sidang media yang diadakan di Tamu Hotel, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dalam pada itu, Ellie turut memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ulu Klang pada 17 Februari lalu.

Pelakon filem Memoir Seorang Guru itu memberikan tempoh seminggu kepada Imran untuk memberi respons. Jika tiada tindakan daripada pihak Imran, beliau akan meneruskan langkah seterusnya dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Ini perbuatan jahat, tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab. Maruah saya dipijak-pijak, malah saya menjadi bahan ketawa netizen terutama apabila dia mengatakan saya ‘kacip’ dan ambil ‘batu’ (dadah) di dalam video tersebut.

“Demi Allah saya tak reda terutama apabila ia berkait dengan rezeki yang dia terima hasil daripada video tersebut,” tegasnya.

Ellie turut mendedahkan bahawa dia dan keluarganya mengalami tekanan akibat komen negatif dan tohmahan yang timbul daripada video berkenaan.

Sebelum ini, pada awal Februari, Imran memuat naik dua video parodi di TikTok yang didakwa memperlekehkan Ellie dan mengaitkannya dengan bahan terlarang.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan. Selain Ellie, beberapa selebriti lain turut disebut dalam kandungan video tersebut, termasuk Ajai, Wan Maimunah, dan Datuk Fauziah Nawi.

Sumber: OhBulan!

Kredit foto: Harian Metro, OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2023

Pakai Loket Huruf ‘Z’, Rantai Emas Fyna Jebat Curi Tumpuan

Huruf Z kat rantai Fyna tu tanda apa ekk… 🤔 Z for Zainal? 👀

Hiburan Tue, 1 May 2018

Izreen Azminda Tak Sangka Suami Romantik

“Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih, terima kasih, terima kasih,” katanya.

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

MIDNIGHT RUNNERS FILEM SKEPTIKAL?

Sebuah Filem Korea yang telah menemui penonton pada 5 Oktober yang lalu menceritakan tentang dua orang pemuda yang ingin meneruskan pengajian ke Universiti Polis Kebangsaan Korea demi mengejar cita-cita mereka. Namun, mereka secara tidak langsung mereka terlibat dalam satu kes jenayah.

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

Trending Mon, 16 Apr 2018

Chinese Woman Becomes Beggar Because She’s “Too Pretty to Work”

She proudly stated that she is healthy but does not want to work anyways.

Featured Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Cewah…Sama Cantik Sama Padan Kak Limah Atas Pelamin!

Akhirnya, pelakon yang popular menerusi watak Hantu Kak Limah naik ke pelamin bersama jejaka pilihannya, Mr K atau Khuda. Delimawati dan pasangan diraikan di Art Hall, Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur, sebentar tadi. Memang meriah habis!

error: Content is protected !!