Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 17, 2020 @ 11:58am

Dr Amalina puji video PSA COVID-19 Upin & Ipin, comel sangat babak terakhir

Video Pengumuman Perkhidmatan Awam atau PSA siri animasi popular Upin & Ipin bertajuk, PKP Duduk di Rumah! [Perangi COVID-19] mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri, warga Malaysia yang kini bertugas di sebuah hospital di London.

video covid-19 upin dan ipin

Kredit gambar: YouTube Les’ Copaque

Dr Amalina menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya memuji video yang dihasilkan produksi animasi tempatan, Les’ Copaque Production sebagai satu hasil yang baik sambil menyeru agar orang ramai duduk di rumah.

Video yang dikongsi Dr Amalina mendapat lebih 494,000 tontonan, manakala di YouTube Les’ Copaque sudah melebihi setengah juta tontonan sejak disiarkan pada Ahad lalu.

Ciapan Dr Amalina turut mendapat perhatian Penasihat Khas Perdana Menteri dalam bidang kesihatan awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang memberitahu video berkenaan adalah hasil sumbangan Les’ Copaque untuk Kementerian Kesihatan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Video berdurasi 40 saat itu memaparkan mesej panduan COVID-19 yang mudah untuk difahami masyarakat terutama kanak-kanak. Paling menarik dan mendapat perhatian adalah pada pengakhiran video ketika Upin memakai cecair pembasmi kuman dengan cara yang betul.

video covid-19 upin dan ipin

Kredit gambar: YouTube Les’ Copaque

Jika anda belum menonton video Upin & Ipin #KitaTeguhKitaMenang, boleh menonton video di bawah. Selamat menonton!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Kau Tak Tahu Nikmat Bercium Tu…” – Gelagat Ibu ‘Bibir Shaming’ Anak Sendiri Buat Netizen Pecah Perut

Seorang pemuda bernama Azhan Mohd Jafri mengundang tawa warganet dengan gelagatnya bersama ibu tular menerusi sebuah video di TikTok. Video berdurasi 18 saat yang tular di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menerima kutukan (body shaming) daripada […]

Trending Wed, 9 May 2018

皮卡丘的是老鼠还是兔子?作者亲自解谜原型竟是…

皮卡丘到底是兔子还是老鼠呢?近年因手游《精灵宝可梦GO》再度成为话题焦点,其中主角之一的皮卡丘是众多宝可梦迷的「好朋友」。许多民众也非常好奇,皮卡丘的原型究竟是什么动物呢?

Featured Wed, 28 Dec 2022
Trending Thu, 7 Nov 2019
error: Content is protected !!