Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 21, 2023 @ 2:00pm

Gimik Menjadi, Rambut Hijau Hafiz Suip Untuk Dapatkan Perhatian -“Memang Salah, Tapi…”

Penyanyi popular, Hafiz Suip akhirnya tampil menjelaskan, imej berambut hijau yang sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen hanyalah gimik semata-mata demi single terbaharunya berjudul, Terus Bersinar.

Menurut Hafiz atau nama penuhnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, tindakannya itu sudah menjadi lumrah dalam dunia hiburan terutamanya untuk mendapatkan publisiti daripada peminat.

“Yang isu rambut saya hijau tu memang saya tak nafikan, saya buat untuk mendapatkan tarikan ataupun perhatian daripada semua orang. Sebab ia sudah menjadi lumrah sekarang ni. semua disebabkan sosial media.

“Saya mengaku dulu saya tak berapa aktif dengan sosial media tapi sekarang ni saya dah ada tiktok dan semua tu juga. Sebab benda tu penting untuk marketing diri kita. So, publisiti tu adalah satu benda yang power,” katanya.

Hafiz berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media dan pelancaran single terbaharunya yang diadakan di Setia Walk, Puchong pada Isnin.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Awan Nano itu juga mengaku perbuatannya itu salah dari segi hukum agama, namun ia dilakukan atas dasar seorang penghibur yang hanya mahu menghiburkan peminatnya.

“Saya tak menafikan nowdays orang lebih suka benda yang sensasi untuk mendapat perhatian. Saya boleh je cakap saya nak keluarkan single tapi orang takkan ambil peduli. So bila saya buat macam ni (rambut hijau) orang akan attract dan kaitkan dengan imej saya sebelum ini (yang lebih islamik).

“Saya sendiri mengaku atas apa perbuatan saya dan kalau ikutkan dari segi hukum memang salah sebenarnya. Tapi sekarang ni kita bercakap dalam dunia hiburan. Melainkan kita berada dalam masjid barulah kita boleh bercerita pasal agama, hukum hakam semua tetapi saya ini dilahirkan sebagai seorang penghibur. Jadi inilah cara saya mendapatkan publisiti dan ini adalah cara untuk kita kekal relevan.

“Saya kena juga ikut peredaran masa sebab kalau ikut stail lama, saya takkan dapat perhatian,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hafiz Suip Dedah Punca Warna Rambut, Sedar Beri Pengaruh Kurang Baik Pada Anak – “Saya Terus Botakkan Kepala”

ARTIKEL BERKAITAN:Muncul Dengan Lagu Baru Selepas Lama Menyepi, ‘Terus Bersinar’ Buah Tangan Hafiz Suip Untuk Peminat

ARTIKEL BERKAITAN:Wow! Ramai Terkejut Tengok Penampilan Terkini Hafiz Suip, Ada Juga Yang Kritik – “Apa Dah Jadi Ni?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Gambar Fathia Latiff Buka Tudung Jadi Bualan

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff memuat naik gambar itu dengan kapsyen “The star is still bright even in the dark”

Events Mon, 6 Apr 2020
Trending Wed, 19 Feb 2020
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Lafaz 2 Kalimah Syahadah, Marine El Himer Akui Sudah Memeluk Islam

Model dan bintang terkenal Perancis, Marine El Himer mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan dia sudah memeluk Islam menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.   View this post on Instagram   A post shared by 🇫🇷 […]

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Remy Ishak, Izara Aishah Wajah Baru Hariz Dan Izzah Dalam Ombak Rindu The Series

Siapa ingat filem Ombak Rindu yang diadaptasikan dari novel karya Fauziah Ansari, lakonan Aaron Aziz sebagai Hariz dan Maya Karin sebagai Izzah? Kini, novel trilogi ke-2 dan 3 Ombak Rindu kembali dalam bentuk drama bersiri […]

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

More Michelle Yeoh in Star Trek!

Malaysian Star Trek fans rejoice.

Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!

error: Content is protected !!