Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 2, 2023 @ 12:46pm

Muncul Dengan Lagu Baru Selepas Lama Menyepi, ‘Terus Bersinar’ Buah Tangan Hafiz Suip Untuk Peminat

Penyanyi Hafiz Suip tampil menghasilkan lagu baharu yang berjudul, Terus Bersinar selepas sekian lama menyepi dari industri muzik tanah air.

Lagu yang menjadi buah tangan buat peminatnya itu telah ditulis oleh barisan penulis lirik yang hebat iaitu, Datuk Arisz Ab Rahman JP, Mas Dewangga & Jova Devito (Nova Music (M) Sdn. Bhd.)

Menurut Hafiz, lagu yang bergenre balada ini dihasilkan untuk membawa mesej kepada anak.

“Sepanjang kerjaya, saya sudah merakamkan lagu yang menceritakan mengenai lumrah kehidupan yang semua orang lalui. Contohnya, lirik lagu Matahari mengisahkan hubungan kesusahan adik-beradik.

“Lagu Awan Nano pula menceritakan pengorbanan seorang ayah manakala lagu Kisah Cinta Kita adalah terjemahan kasih sayang antara suami dan isteri.

“Jadi, untuk lagu Terus Bersinar ini, mesej yang ingin disampaikan pula adalah mengenai anak. Boleh dikatakan, dalam karier saya setiap lagu ada jalan ceritanya yang tersendiri dan semua lagu itu juga ada kisah kehidupan yang mempunyai mesej,” katanya.

Dalam masa sama, Hafiz berharap lagu “Terus Bersinar” bakal menjadi sebuah karya pilihan dan diminati oleh semua seperti kebanyakan lagu-lagunya sebelum ini.

“Insya-Allah, apa-apa pun kita berserah kepada Allah. Namun, tidak mahu terlalu berharap. Pun begitu, saya sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu ini, apa boleh dikatakan adalah saya dapat rasa mesej yang ingin disampaikan.

“Saya sendiri menangis. Jadi, harapnya peminat dan pendengar juga dapat merasainya, insya-Allah,” jelasnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen YouTube Nova Music, rata-rata peminat Hafiz meluahkan rasa rindu untuk mendengar suara emas itu.

Bahkan, kebanyakan peminatnya turut tersentuh dengan lagu terbaharu penyanyi itu yang mempunyai maksud yang indah dan mendalam.

Bukan itu sahaja, single terbaharu ini juga menjadi runut lagu untuk drama TV3 yang berjudul ‘Surat Dari Tuhan’ lakonan Janna Nick dan Shukri Yahaya

Lebih menarik lagi, lagu tersebut telah meraih sebanyak 20,404 tontonan selepas dua hari dimuat naik di platform YouTube Nova Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Saya Tidak Suka Tonjol Kehidupan Peribadi

Dalam masa sama, Bront juga tidak merancang untuk mewujudkan akaun media sosial untuk anaknya.

Trending Fri, 30 Nov 2018

Ribut Pasir Gergasi Setinggi 100 Meter ‘Menelan’ Bandar China

Tembok pasir setinggi 100 meter dilihat seperti ‘menelan’ seluruh bandar

Trending Thu, 2 Apr 2020
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Pengsan Akibat Tekanan Darah Terlalu Rendah, Intan Najuwa Syukur Diri & Bayi Selamat

Intan turut tampil menjelaskan punca sebenar kejadian berkenaan selepas timbul kemungkinan ada pihak yang mengaitkannya dengan pengambilan kafein.

error: Content is protected !!