Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 29, 2023 @ 3:10pm

Berjaya Genggam Ijazah, Tomok Mahu Anak-Anak Contohi Belajar Hingga Menara Gading – “Tiada Istilah Lambat Nak Sambung Belajar”

Penyanyi Tomok meluahkan rasa syukur apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo!, Tomok atau nama lengkapnya Shah Indrawan Ismail, berkata, kejayaan bergraduasi itu adalah kenangan terbaik dalam hidupnya.

“Saya memulakan pengajian pada tahun 2015 secara jarak jauh dan selesai pada tahun 2020.

“Kemudian, disebabkan virus Covid-19, majlis konvokesyen kami terpaksa ditangguh namun akhirnya berjaya berlangsung pada minggu lalu.

“Kejayaan dapat bergraduasi itu satu perasaan yang tak boleh digambarkan ditambah pula teringat penat lelah menyiapkan tugasan yang dalam masa sama perlu bekerja,” katanya.

Tambah bapa kepada tiga cahaya mata ini lagi, kejayaan tersebut turut mencetuskan hasrat untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

“Pada awalnya tidak yakin dengan kemampuan diri tetapi atas sokongan ramai, akhirnya saya berjaya dan memang rasa sebak sangat.

“Kejayaan ini cetuskan hasrat untuk sambung pengajian di peringkat Sarjana (master) dan fasa lebih tinggi, Insya-Allah,” katanya lagi.

Tomok juga berharap anak-anaknya akan mengikuti jejak langkahnya untuk terus mencari ilmu biarpun bergelar anak seni.

“Saya mahu anak-anak mencontohi perkara baik sebegini. Selain itu, ingin anak-anak faham walaupun ayah mereka kerja dalam bidang seni, menyanyi, tetapi pelajaran tidak boleh diabaikan.

“Bagi saya, tidak kiralah kita ini artis atau kerja apa pun, pendidikan boleh menjadikan kita insan yang lebih baik.

“Tidak wujud istilah lambat nak sambung belajar walaupun usia sudah bertambah,” ujarnya.

Sumber: Kosmo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

首部登国家剧院三语舞台剧《最后国土》

配合马来西亚即将迎来61周年国庆,国家剧院首次让一部讲述中国移民的三语舞台剧登场,相信会引起大家的哄动之际,也会让人看到了国家剧院的一番新形象。

Featured Mon, 14 Apr 2025
Hiburan Wed, 19 Feb 2025
Trending Wed, 21 Apr 2021
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Thu, 18 May 2023
error: Content is protected !!