Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 14, 2025 @ 11:42am

PU Riz Titip Ucapan Istimewa Sempena Perkahwinan Abang Tersayang – “Bahagia Selamanya, Dari Kecil Saya Kagum Dalam Diam”

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih mesra dengan panggilan PU Riz meluahkan rasa syukur dan bahagia apabila melihat susuk seorang abang yang kini telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Aisyah Aziz baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz mengaku sebagai seorang adik dia amat mengagumi abangnya, Dr. Amir sekaligus menjadikannya sebagai contoh terbaik dalam kehidupan.

“Bahagia selamanya untuk abang saya, Dr Amir dan Aisyah Aziz.

“Dari waktu akad dilafazkan sehinggalah saat kepulangan kami sekeluarga ke Malaysia, apa yang sempat saya lihat adalah bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.

“Semoga tuhan menjadikan perasaan ini sebagai tajuk hidup kalian berdua, insya-Allah.

“Adik panjatkan doa selamanya Allah lahirkan mawaddah, rahmah dalam percintaan hubungan rumah tangga kalian,” katanya.

Lebih mencuri perhatian apabila PU Riz menggunakan ungkapan sayang dan cintanya buat abang Dr Amir menggunakan perkataan yang selalu digunakan anak sulungnya, Muhammad Bilal.

“Seperti Bilal selalu ucapkan dikala dipeluk dan digomol ‘I love you to the moon and back’, kini adik guna terma yang sama pada kalian berdua,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Terdahulu, pada Jumaat lalu, Aisyah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Singapura.

Untuk pengetahuan, jejaka yang berjaya menawan hati Aisyah, atau nama penuhnya Nur Aishah Aziz, 31, ini merupakan abang kepada PU Riz, sekali gus menjadikan penyanyi tersebut biras kepada Neelofa.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Aziz Kini ‘Biras’ Neelofa, Selamat Nikahi Abang PU Riz

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Momen Majlis Nikah Aisyah Aziz, Neelofa Sebak – “Gembira Jadi Sebahagian Dari Hari Istimewa Mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Menantu Dengan Penuh Restu, Ibu Aliff Aziz Doa Rumah Tangga Anak Dilindungi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Apr 2024
Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Sat, 20 May 2023
Featured Wed, 15 Oct 2025

Dipuji Artis Bijak, Intan Najuwa Lantang Suarakan Pendapat Isu Jenayah Di Sekolah – “Anak Ni Ibarat Kain Putih, Kita Yang Corakkannya”

Intan menzahirkan rasa kecewa dan bimbang terhadap insiden melibatkan pelajar bawah umur termasuk kes buli, rogol dan pembunuhan seperti yang tular.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

Sherry Ibrahim Simpan Hajat Kahwin Tahun Depan?

Didoakan semoga Sherry dapat jodoh cepat.

Hiburan Sun, 31 Mar 2024
Featured Sun, 26 Apr 2020

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Langkah Kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari berkesan

error: Content is protected !!