Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 13, 2023 @ 2:22pm

“Kini Cuma Menanti Hari Bahagia Saja” – Syafiq Kyle & Mimi Lana Kahwin Lepas Raya

Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan dia dan kekasihnya, Mimi Lana dijangka bakal melangsungkan pernikahan mereka selepas sambutan Aidilfitri ini.

Menurut Syafiq, dirinya kini hanya menantikan hari bahagian itu tiba sahaja memandangkan segala persiapan sudah hampir siap dilakukan.

“Doakan saya. Insha-Allah selepas Aidilfitri, kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu.

“Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Syafiq menyatakan dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan percaya mereka mampu menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni.

“Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik.

“Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.

“Tambahan selepas berkahwin aktiviti seni akan berjalan seperti biasa. Pihak produksi pun faham dengan jadual kerja kami berdua,” katanya.

Terdahulu, Syafiq telah memaklumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Mimi pada tahun ini.

Malah, Syafiq dan keluarganya telah juga merisik aktres itu dalam sebuah majlis tertutup pada 21 Januari lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Hiburan Wed, 17 Jan 2018

DICOP PENJENAYAH! IFA RAZIAH BUAT LAPORAN POLIS

Kesal kerana selepas sahaja peristiwa itu, dia ingin menamatkan sahaja isu perbalahan ini dan menunggu Roslan datang kepadanya dan meminta maaf

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Fasha-Aidil Nikah Mac Ini, Tahniah!

Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid. Alhamdulillah, tahniah Fasha!

Featured Wed, 30 Apr 2025

Hael Husaini Kini Bahagia, Bakal Tamat Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Hel menyerahkan soal jodoh kepada yang maha Esa.

Hiburan Sun, 18 Jun 2023
Trending Thu, 18 Feb 2021
error: Content is protected !!