Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 4, 2024 @ 5:08pm

Hasilkan Single ‘In The Zone’, Jazmine Jadi Pempengaruh Maya Pertama Di Malaysia

Influenstar Asia memperkenalkan Jazmine sebagai pempengaruh maya pertama di Malaysia.

Single pertama Jazmine juga turut dilancarkan dan video muziknya yang berjudul In The Zone yang digubah oleh JD Wong dari kumpulan Pop Shuvit.

Jazmine merupakan hasil kerjasama Influenstar Asia dengan Warnakala Studios, pemilik harta intelek (IP) Didi & Friends dan Makania.

Jazmine adalah pempengaruh era digital yang bukan sahaja berfungsi sebagai pempengaruh maya tetapi juga sebagai penentu arah aliran industri selaras dengan motto Influenstar Asia Dot Com iaitu Let’s Influence the Future.

Jazmine diperkenalkan bersempena majlis pelancaran Influenstar Asia yang berlangsung di Colony Star Boulevard KLCC, malam tadi.

Majlis pelancaran terbabit disempurnakan oleh Pengerusi Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (SERI), Nurul Izzah Anwar.

Selain Nurul Izzah, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim; Pegawai Tugas-Tugas Khas 1, Menteri Wilayah Persekutuan, Sivamalar Genapathy; Pengerusi Jemz Group, Farahida Datuk Seri Fauzi; Ketua Pegawai Eksekutif Jemz Group dan pengasas Influenstar Asia Dot Com, Jemizan Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif Influenstar Asia Dot Com, Nadia Janu serta Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian turut hadir memeriahkan acara.

Influenstar Asia merupakan sebuah platform digital GIG untuk pempengaruh tempatan terbaharu di bawah pengurusan Jemz Group International Sdn Bhd.

Platform ini bertujuan untuk menyokong industri GIG negara melalui segmen pempengaruh dengan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pempengaruh, terutamanya yang bergerak secara individu.

Dengan sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI), Jazmine direka untuk mentakrifkan semula cara jenama dan khalayak berinteraksi seperti membuat ulasan produk, perkhidmatan dan acara dalam atmosfera digital. Sebagai salah satu pempengaruh di bawah Influenstar Asia Dot Com, Jazmine akan memimpin kempen inovatif dengan mencipta kandungan yang relevan untuk generasi digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Tue, 8 Oct 2024
Hiburan Mon, 9 Dec 2024
Featured Wed, 29 Oct 2025

Didakwa Fitnah Pengantin? Abby Abadi Tampil Bersuara!

Abby menganggap tindakan individu yang memfitnah dirinya sebagai berlebihan.

Hiburan Mon, 4 Sep 2023
Featured Sat, 12 Aug 2023

“Moga Yang Paling Buruk Sebenarnya Yang Terbaik Untuk Kami”- Batalkan Pernikahan Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Luah Perasaan

Pelakon jelita, Mimi Lana reda di atas dugaan yang menimpa hubungannya bersama pelakon, Syafiq Kyle apabila terpaksa membatalkan pernikahan mereka yang cuma berbaki satu minggu sahaja lagi. Mimi menerusi hantaran di Instagram miliknya seakan meluahkan […]

Events Wed, 24 Oct 2018

#WinWithXtra: Spend a Thrilling Day in Resorts World Genting this Halloween

It’s also the perfect chance to bring your partner out on an eerily fun date.

error: Content is protected !!