Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 17, 2024 @ 4:39pm

Segelintir Netizen Seakan ‘Muak’ Berita Kisah Cinta Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Tampil Bersuara – “Seolah Mempersoalkan Kerja Tuhan”

Pelakon, Mimi Lana memohon maaf seandainya ada segelintir pihak yang kurang senang atau seakan ‘muak’ membaca berita mengenai kisah hubungan cinta bersama aktor, Syafiq Kyle.

Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 26, meluahkan rasa kesal apabila netizen yang mempersoalkan urusan jodohnya itu seolah-olah mempertikaikan kuasa Allah SWT.

“Pertama sekali saya nak panjatkan rasa syukur kepada semua yang mendoakan diri saya dan berkenaan jodoh saya. Semoga segala doa yang baik-baik berbalik kepada awak semua yang mendoakan.

“Tetapi, saya ada terbaca segelintir orang yang rimas dengan berita hubungan saya yang katanya sekejap jadi dan sekejap tak jadi. Ada yang sampai keluarkan ayat-ayat dan doa yang tidak baik untuk saya.

“Urusan jodoh, ajal dan maut ini bukanlah di tangan saya. Terdetik di hati saya, mereka yang mempersoalkan urusan hubungan saya ini seolah mempersoalkan kerja Tuhan.

“Saya di sini, terus berdoa Allah permudah segala urusan saya dan terus membimbing saya menjadi manusia yang lebih baik. Maafkan kami jika berita tentang kehidupan peribadi kami menganggu urusan harian kamu semua.,” katanya.

Sementara itu, Mimi tidak menafikan dia turut berdepan dengan ujian dalam perhubungan namun lebih memilih untuk merahsiakan konflik sebenar yang terjadi.

Bagaimanapun, dia dan Syafiq setiap hari berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

“Kami manusia biasa, sama seperti semua orang diuji dengan bermacam dugaan. Dan biarlah dugaan kami disimpan sebaiknya dan tidak dicanang kerana saya yakin kami berdua cuba sehabis baik dari hari semalam.

“Kalau tidak ditanya kami sendiri tidak mahu bercakap soal hubungan kami kepada orang ramai. Walaupun tidak ditanya melalui kamu, tetapi kami tidak dapat menepis setiap kali keluar ditanya oleh rakan-rakan media dan saya menghormati mereka.

“Saya tetap mendoakan yang terbaik, dan saya berdoa supaya Allah tutup mata-mata kamu dari membaca berita kami yang membuatkan hari kamu semua tidak senang. Amin Ya Raballamin,” akhirnya.

Mimi Lana

Sebelum ini, kisah percinaan antara Syafiq dan Mimi kembali menjadi sebutan selepas aktor tersebut mengakui sudah menakluk hati aktres itu dan hanya menanti waktu yang sesuai untuk diizinkan.

Namun begitu, menerusi laporan Harian Metro, Mimi menjelaskan Syafiq masih belum menghantar lamaran.

Artikel Berkaitan: “Saya Dah Takluk Hati Mimi Lana, Tunggu Masa Sesuai Nak Diizinkan” – Syafiq Kyle

Artikel Berkaitan: “Saya Dah Takluk Hati Mimi Lana, Tunggu Masa Sesuai Nak Diizinkan” – Syafiq Kyle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Wed, 11 Jan 2023

Kongsi Video Sempena Ulang Tahun Kelahiran Suami, Mawar Rashid Sebak – “Banyak Ups & Down Kita Lalui Sama-Sama…”

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid berkongsi video sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf di laman Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Mawar sebak apabila menyunting video tersebut memandangkan terlalu […]

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Mula Tadabur Sejak 2021 Di Media Sosial, Fatin Nabila Akui Suara Tenang Beri Pesona Ketika Berdakwah

Kalau tengok video Fatin bagi motivasi, terus bersemangat rasa kan?

Trending Mon, 12 Mar 2018
Trending Thu, 27 Dec 2018

Lirik ‘Kemarin’ Gambaran Episod Sedih Sedang Dilalui Ifan Seventeen Ketika Ini. Salam Takziah!

Ifan bukan sahaja kehilangan tiga rakan pemuzik yang bersamanya sejak 20 tahun lalu, bahkan isteri tercinta, Dylan Sahara.

error: Content is protected !!