Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 15, 2024 @ 12:03pm

“Saya Dah Takluk Hati Mimi Lana, Tunggu Masa Sesuai Nak Diizinkan” – Syafiq Kyle

Pelakon kacak, Syafiq Kyle seakan memberi bayangan hubungan cinta bersama aktres jelita, Mimi Lana kembali berputik.

Menerusi temu bual bersama sebuah stesen radio, Syafiq menjawab pertanyaan penyampai radio, Azad Jasmin yang bertanya sekiranya dia sudah ‘menakluk’ hati bekas kekasihnya itu.

“Takluk Lahad Datu, bila nak takluk hati Mimi Lana?” soal Azad.

Meskipun seakan bergurau, namun Syafiq secara terbuka menyatakan dia kini sedang menunggu keizinan daripada Mimi dipercayai dalam meneruskan hubungan mereka.

“Fuh, tertakluk kepada terma dan syarat. Saya dah takluk hati Mimi, tunggu nak lock, masa yang sesuai nak diizinkan. Insya-Allah, amin,” katanya.

Syafiq Kyle

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mereka mendoakan agar Syafiq dan Mimi kembali bertaut cinta.

Sebelum ini, Pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.

Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun tidak melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan pada 18 Ogos tahun lalu.

Syafiq dan Mimi berkongsi foto memakai pakaian tradisional sedondon berona biru menarik perhatian ramai mendakwa mereka kembali bercinta, baru-baru ini.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila majlis pernikahan Syafiq dan Mimi yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Artikel Berkaitan: “Dia Label Saya Artis Bermasalah” – Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Larang Ambil Berlakon, Takut Filem Tak Meletup

Artikel Berkaitan: “Happiest Birthday My Bintang, Kasih Saya Untuk Awak Kekal Selamanya” – Ucapan Sweet Mimi Lana Sempena Ulang Tahun Syafiq Kyle

Artikel Berkaitan: Sambut Syawal Di Tanah Suci, Syafiq Kyle Selit Nama Mimi Lana Dalam Doa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Nov 2019
Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Fazley Yaakob Terkesan Dengan Pemergian Fiza Kamarudin

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

Hiburan Fri, 21 Mar 2025

[VIDEO] Nur Fazura Teruja Jumpa Rakan Sekelas Zaman Sekolah, Netizen Puji Sentiasa ‘Humble’ 

Nur Fazura kelihatan teruja bertemu rakan sekelas di bangku sekolah

Hiburan Fri, 16 Nov 2018

Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus Di MAPS , Perak

MAPS Lancar Roller Coaster Boboiboy Galaxy Center dan Teater Hantu Kak Limah

Trending Mon, 4 Jan 2021
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

第二主打找Hero祖雄拍MV 车子无缘为专辑入镜

大马“星光冠军”歌手车志立(车子)发行新专辑,公司砸本请来影帝、男神及型男演员等为新专辑拍摄MV,第二主打歌《迷路》更特别找来大马“全能型男神兼天菜”Hero祖雄跨刀相助。车子确定无缘为专辑入镜当主角,感叹“有点伤心”。

Featured Mon, 29 Jul 2024

Bekas Isteri Pertama Kongsi Video Kemas Baju Datuk Red, Netizen Komen – “Dia Yang Minta Cerai, Tapi Acah Tersakiti”

Amboi netizen pun, benda tu semua kan kenangan… apatah lagi usia perkahwinan dah cecah 19 tahun. Lama tu🥺

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

‘Ya…Saya Dah Single’ – Azira Shafinaz

Tak apalah…kumbang bukan seekor. Ye tak?

Hiburan Thu, 28 May 2026

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

error: Content is protected !!