Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 17, 2024 @ 8:00pm

Sambut Syawal Di Tanah Suci, Syafiq Kyle Selit Nama Mimi Lana Dalam Doa

Menghabiskan penghujung Ramadan dan meraikan kedatangan Syawal di Tanah Suci merupakan pengalaman manis untuk pelakon Syafiq Kyle.

Menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dan menziarahi Tanah Suci Madinah baru-baru ini, Syafiq mendedahkan dia turut menyelitkan doa berkenaan hubungannya dengan aktres Mimi Lana ketika berada di sana.

Menjelaskan hubungan yang terjalin antara dirinya dan Mimi hanya sekadar sahabat, Syafiq menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

“Antara salah satu doa yang saya minta di Tanah Suci ialah hubungan dengan semua pihak, termasuklah keluarga dan Mimi. Setakat itu sahaja apa yang boleh saya cakap. Alhamdulillah kami masih berbaik dan berkawan. Nak cakap lebih-lebih pun, saya tak berani.

“Teruskan berdoa. Kalau saya yang pegang ‘button’ makbul, sudah pasti saya makbulkan tapi bukan saya yang pegang ‘button’ tu. Kita sebagai manusia, saya pun bukannya matang dan pandai sangat untuk bercakap mengenai hal ini, saya hanya boleh reda, terima dan teruskan sokong,” katanya kepada XTRA.

Tambah Syafiq, dia berharap pengharapan peminat yang mahu melihat perkara yang baik-baik terjadi kepada dirinya disulamkan dengan doa.

“Bila ada pengharapan dalam hati ramai, saya harap ia disulamkan dengan doa. Saya pun memang tak berhenti berdoa di Tanah Suci.

“Saya pun bukan individu yang layak untuk memberi kata putus mengenai semua perkara yang terjadi. Masing-masing pun dapat melihat dan untuk menghakimi pun terpulang pada masing-masing.

“Apapun, saya sangat bersyukur dengan pengalaman menunaikan Umrah buat pertama kali ini. Alhamdulillah saya dapat beraya di Madinah pada sambutan tahun ini. Saya rasa sangat bersyukur,” katanya.

Syafiq ditemui XTRA usai majlis tayangan perdana filem Sheriff di Mid Valley Megamall pada Selasa.

Mengulas mengenai filem terbabit, Syafiq teruja membawakan watak anggota polis bernama Naz.

“Saya teruja bergandingan dengan nama-nama besar seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi. Watak anggota polis bernama Naz ini berbeza berbanding watak lain, jadi saya harap filem Sheriff rahan Syafiq Yusof ini mendapat sambutan baik,” katanya lagi.

Filem usahama dua penerbit terkemuka iaitu Skop Productions dan Astro Shaw ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara dan Singapura bermula esok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Sufian Suhaimi Belum Sedia Buka Hati

Lagipun lagu Di Matamu mendapat sambutan baik peminat. Saya tidak mahu momentum lagu ini terganggu akibat kisah peribadi.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Bukti Suami Romantik, Judika Sanggup Lakukan Hal Ini!

Beruntung Duma dapat suami romantik macam Judika!

Trending Sun, 1 Nov 2020

Bakal Berkahwin Mac Depan, Neelofa Sah Dirisik PU Riz?

Tahniah Lofa dan PU Riz, semoga hubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin????

Featured Wed, 16 Mar 2022
Trending Wed, 14 Apr 2021
Hiburan Tue, 17 Sep 2019

Kejutan Yuna! Dari Pentas Nyanyian Ke Pentas Peragaan

Apakah Yuna bakal sehebat Kendal Jenner?

Hiburan Tue, 2 Jul 2024
error: Content is protected !!