Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 23, 2018 @ 8:51am

Sufian Suhaimi Belum Sedia Buka Hati

Sejak bergelar jejaka single ni, nampaknya saham penyanyi Sufian Suhaimi kian meningkat. Phew, jejaka idaman Malaya lah kiranya ni…

Apa tidaknya, akui penyanyi popular dengan lagu Di Matamu ini, ada peminat wanita yang menawarkan diri untuk menjadi teman wanitanya. 

“ Saya akui memang ada wanita yang menawarkan diri untuk jadi teman wanita saya tetapi rasanya itu sekadar usikan peminat sahaja.

“ Mungkin mereka mahu melihat saya gembira dan rasa disayangi. Tidak ada yang serius pun,” beritahunya ia mungkin sekadar usikan manja kepada Harian Metro.

Menurut Sufian, dia belum bersedia untuk kembali menyulam cinta walaupun ada wanita yang mengajaknya keluar untuk mengenali lebih rapat.

“Fokus saya sekarang untuk kerjaya semata-mata dalam bidang muzik dan saya tak mahu perhubungan menjejaskan fokus saya sekarang.

“Lagipun lagu Di Matamu mendapat sambutan baik peminat. Saya tidak mahu momentum lagu ini terganggu akibat kisah peribadi,” katanya.

Terdahulu Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy pada Oktober 2017.

Bagaimanapun hubungan mereka putus pada Februari lalu, sebulan menjelang hari pernikahan mereka.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Kesinambungan Bea Soba Bea, Eda Ezrin & Den Manjo Kembali Dengan Adek Saye Abe Sore

Eda Ezrin dan Den Manjo kembali bergandingan menerusi single terbaharu berjudul Adek Saye Abe Sore.

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Bekas Kekasih Harap Justin Bieber Cepat Kahwin?

Aik, kenapa pula ni? Penyanyi Selena Gomez yang sudah ‘masak’ dengan sikap Justin Bieber memberitahu dia amat berharap Justin berkahwin secepat mungkin.

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

吴建豪和新加坡富家女石贞善离婚

吴建豪和新加坡富家女石贞善(Arissa)结婚5年后,今天宣布离婚!

Fab Foodies! Wed, 5 Dec 2018
Featured Thu, 22 Dec 2022
error: Content is protected !!