Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 21, 2025 @ 2:19pm

[VIDEO] Nur Fazura Teruja Jumpa Rakan Sekelas Zaman Sekolah, Netizen Puji Sentiasa ‘Humble’ 

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura mencuri perhatian selepas tular sebuah video memaparkan dirinya menyantuni individu wanita yang dipercayai rakannya ketika di bangku sekolah.

Menerusi video tular di platform TikTok, Fazura kelihatan begitu teruja ketika bertemu dengan rakan sekelasnya sekali gus memeluk erat wanita tersebut.

Momen tersebut dirakam ketika Fazura membuat tour sepanjang bulan Ramadan di setiap premis butik jenama tudungnya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan tersentuh hati melihat Fazura yang giat mencari rezeki.

Malah, ramai juga yang memuji Fazura seorang selebriti yang tidak jemu memberi senyuman kepada peminat, selain sentiasa mengekalkan sikap merendah diri dan tidak sombong.

@pink_warrior2709

Masya Allah..excited betol dia dpt jumpa ex classmate dia masa sekolah dulu 🤩🥹 #nurfazura #meetfazura #fypシ゚

♬ Indah Rasa Bersyukur – Taya Tasya

Sebelum ini, Fazura meluahkan rasa bahagia apabila berpeluang untuk bertemu rakan-rakannya setelah setelah sekian lama tidak keluar sejak tamat tempoh idah.

Fazura juga memaklumkan rutin kerjanya kini sedikit berbeza kerana anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, semakin manja dan enggan berpisah darinya.

Sebagai info, Fazura mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal, Fattah Amin, pada 27 November 2017. Namun, pasangan ini sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

Artikel Berkaitan: Semakin Sibuk Dengan Bisnes, Fazura Akui Lama Tak Keluar Rumah Sejak Habis Idah – “Mana Saya Pergi Fatima Mesti Kena Ikut”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 Dec 2020
Trending Mon, 13 Dec 2021

Primeworks Studios Raih 8 Anugerah Di Festival Filem Malaysia 31 Menerusi Sangkar, Ejen Ali The Movie & Wira

Primeworks Studios mengungguli kemenangan dalam dua genre aksi dan animasi dengan meraih lapan anugerah menerusi filem Sangkar, Ejen Ali The Movie dan Wira di Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM 31) yang bertempat di Dewan Plenari, […]

Hiburan Fri, 9 May 2025
Featured Tue, 11 Jan 2022
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Hiburan Mon, 5 Feb 2018

SIAPA RATU BAKAL HOS RANCANGAN POPULAR?

Kalau nama pun Ratu, dia mestilah seorang yang cantik, kulit mulus, putih gebu, pinggang kerengga dan semestinya kaya! Yang paling penting boyfriend Ratu kita ni handsome dan sado. Kau hado?

Acara Tue, 9 Jun 2026

Ernie Zakri, Floor 88, Zubir Khan, Salma Asis Bakal Meriahkan Festival Ulang Tahun Ke-20 PJ

Ernie Zakri bakal menjadi antara tarikan utama pada malam kemuncak Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.

error: Content is protected !!