Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 9, 2025 @ 1:31pm

“Tiada Orang Ketiga, Saya Layak Tuntut Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Punca Cerai Dengan Suami

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu akhirnya bersuara mengenai penceraian dengan suaminya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 54.

Menerusi temu bual bersama program Melodi TV3, Mas Idayu atau nama lengkapnya Masidayu Mesnun, 53, menjelaskan punca perpisahan mereka bukanlah kerana kehadiran orang ketiga seperti yang disangka ramai.

Malah, Mas Idayu turut berkata pihaknya sudah memfailkan tuntutan fasakh sebelum bermulanya program realiti Famili Duo.

“Saya tak pernah sorok tentang perceraian ini. Saya ke mahkamah ditemani wali dan kakak. Kami tak bergaduh pun, malah boleh gelak ketawa ketika berada di sana. Mungkin Allah yang jaga aib kami masa tu,” luahnya.

Mas Idayu turut menegaskan dirinya berhak untuk memohon cerai atas sebab-sebab tertentu, dan tidak sesekali menjadikan perkara itu satu keputusan terburu-buru.

“Kalau isteri minta cerai tanpa sebab, memang tak layak cium bau syurga. Tapi saya tahu apa yang saya lalui, dan saya rasa saya sangat layak untuk tuntut fasakh. Tak perlu salahkan sesiapa. Dia pernah jadi suami saya, dan saya cuma minta dilepaskan secara baik,” katanya lagi.

Menurut pelantun lagu Cintaku 100% ini, dia terkilan apabila ada segelintir netizen yang membuat tuduhan melulu kononnya dia punca keretakan rumah tangga mereka.

“Kami tak bergaduh pun. Tapi saya tertanya juga, kenapa netizen seolah-olah menyalahkan saya? Saya tak ada masalah dengan sesiapa, tapi janganlah buat andaian sesuka hati. Saya cuma garang bila bekerja, bukan dengan suami,” katanya.

Ketika disoal mengapa berita penceraian itu tidak dikongsikan lebih awal, Mas Idayu menjelaskan dia cuma mengambil pendekatan untuk bertenang dan menjaga privasi.

“Kadang-kadang bukan nak sorok, cuma masih awal dan tak sesuai untuk kongsi. Orang yang matang tahu bila masa yang tepat untuk bercakap. Bila dah tak serasi, berpisah pun dengan cara baik,” katanya.

Tambah Mas Idayu, meskipun ini adalah perkahwinan kedua buat dirinya, dia tetap bersyukur kerana proses penceraian berjalan dengan baik tanpa sebarang drama.

“Saya bersyukur sebab dilepaskan secara baik. Saya redha dengan apa yang berlaku. Syawal pun saya sambut dengan tenang dan bahagia. Harap dia di sana pun ‘happy’ juga,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Mas Idayu dan Muhammad Sufian mendirikan rumah tangga pada September 2022 selepas perkenalan yang terjalin sejak zaman Mentor 3 pada 2008.

Hubungan mereka mula rapat kembali pada 2021 dan mengambil keputusan untuk bernikah yang merupakan perkahwinan kedua buat kedua-duanya.

Terdahulu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka dan dikurniakan seorang anak perempuan, manakala Muhammad Sufian pernah bergelar suami kepada personaliti TV, Intan Suraya, dan juga mempunyai seorang cahaya mata.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong di atas dasar cemburu betul ke?

Featured Wed, 30 Apr 2025

Shukri Yahaya Jadi Tauke Kopi Dalam Bru! Drama Komedi Baharu Arahan Nik Amir Mustapha Kini Di Tonton

Shukri Yahaya, kembali menghiasi kaca TV menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Bru

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

Umur Bukan Penghalang, Ini Sebab Alif Satar Sokong Golongan Belia 35 Tahun Sertai PLKN 3.0 – “Saya Tengok Ramai Yang 30-an Tak…”

Min setuju apa yang Alif bagitahu tu! Tapi jangan risau ye peserta lahir tahun 2007 yang akan dipanggil

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Park Shin Hye And Choi Tae Joon Confirmed To Be Dating!

Park Shin Hye and Choi Tae Joon are the hottest and newest star couple in Korea.

error: Content is protected !!