Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 23, 2019 @ 2:00pm

Tidak Tinggal Solat, Che Puan Syamim Farid Kongsi Kisah Dulu!

Pengacara Che Puan Syamim Farid berkongsi kisah bagaimana dirinya kekal istiqamah dalam soal ibadah.

Menerusi soalan seorang warganet, Syamim memberitahu pada awalnya dia segan berkongsi hal begini dengan pengikutnya.

“Segan nak share topik macam ni. Saya masih belum digelar Muslimah sempurna kerana banyak lagi saya harus belajar. Dari kecil saya memang dididik untuk tidak tinggal solat.

“Kalau waktu Subuh tu, memang ibu akan jerit untuk bangun. Kadang kaki ni penuh peta (lebam) sebab kena cubit,”katanya.

Isteri kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini berkongsi kisah sewaktu di bangku sekolah dahulu.

“Kalau tak pergi sekolah agama, Syamim akan dirotan sehingga patah penyangkut baju.

“Bila dah besar saya faham kenapa ibu buat semua itu.

“Perubahan tidak semestinya luaran sahaja, malah dalaman juga. Kita mungkin nampak orang itu sama dari luar tapi kita tidak tahu apa amalan yang dia lakukan dan isi hatinya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu dan nampak,”tulisnya.

Sementara itu, beliau juga memberitahu dirinya lebih istiqamah membaca Al-Quran semenjak pulang dari menunaikan Umrah.

Untuk rekod, Syamim merupakan naib juara Pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 sebelum aktif dalam bidang pengacaraan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Siti Nurhaliza Harapkan ‘Terang’ Bantu Pesakit Jantung!

Lagu ini bakal memberi semangat kepada kanak-kanak ini untuk terus kuat dan bersemangat!

Featured Thu, 15 Jun 2023
Hiburan Fri, 3 Oct 2025

Penuh Emosi, Adira Suhaimi Menangis Ketika Mendendangkan Atouna El Toufoule

Adira Suhaimi menangis nyanyi Atouna El Tofoule

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Mawar Rashid Teruja Sambut Raya, Beri Bayangan Sedondon Dengan Kekasih Baru? – “Tahun Ini Akan Jadi Lebih Istimewa”

Mawar menyifatkan Hari Raya pada tahun ini akan menjadi lebih indah dan istimewa

error: Content is protected !!