Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 4, 2021 @ 11:30am

Langkah Mudah Semak Status Pengeluaran i-Sinar KWSP (Kategori 1)

Semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) yang telah membuat permohonan i-Sinar Kategori 1 bermula 21 Disember lalu, kini boleh membuat semakan status i-Sinar bermula hari ini.

Berikut merupakan langkah mudah membuat semakan i-Sinar bagi kategori 1 ini;

  1. Layari portal isinar.kwsp.gov.my
  2. Login dan masukkan maklumat ID seperti nama dan juga nombor telefon yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  3. Klik butang SEMAK STATUS (rujuk gambar di bawah)
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS atau sebaliknya

Manakala, berikut merupakan cara mudah untuk menyemak i-Sinar melalui i-Akaun KWSP anda ;

  1. Layari aplikasi i-Akaun KWSP
  2. Login dan masukkan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak status di bahagian PENGELUARAN atau INBOX
  4. Status permohonan / kelulusan i-Sinar anda akan dipaparkan.

Bayaran akan dikreditkan pada 11 Januari ini

Mana-mana permohonan yang berjaya, pembayaran pertama akan dikreditkan ke akaun bank bermula 11 Januari 2021.

Dan, bayaran bulan pertama adalah mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000 (bagi baki simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah) dan maksimum RM10,000 (bagi baki simpanan Akaun 1 melebihi RM100,000).

Manakala, bayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

Bagi ahli yang belum mencapai umur 55 tahun dan mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020 layak untuk membuat permohonan i-Sinar Kategori 2.

Dan, mana-mana pemohon yang mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Talian Hotline i-Sinar 03-8922 4848 bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat ATAU layari www.kwsp.gov.my

Sumber : KWSP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Dia Memukul Wanita Bernama Diana Pada 2005,” – Tiada Niat Ungkit Kisah Silam, Farid Kamil Kesal Isteri Masih Trauma

“Ambik gambar senyum dengan gigi palsu tu jari kasi tunjuk atas? Macho ke?” – Farid Kamil

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Penampilan Didakwa Terlalu Ketat, Watie Hanifiah Terima Teguran Netizen

Baju didakwa terlalu ketat. netizen tegur Watie Hanifiah

Trending Sun, 6 Jan 2019

Benarkah NASA Sembunyikan Ancaman NT7?

Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan dari bala bencana

Acara Mon, 12 Sep 2022

Syukur Kerja Keras Berbaloi, Syamel & Ernie Zakri Dominasi AIM23

So happy for Ernie & Syamel! Teruskan berkarya .

error: Content is protected !!