Euforia Bola 2026
Acara By: Khairil Khusyairi September 12, 2022 @ 2:36pm

Syukur Kerja Keras Berbaloi, Syamel & Ernie Zakri Dominasi AIM23

Lagu ‘Goodbye Hello’ nyanyian pasangan suami isteri, Syamel & Ernie Zakri merangkul anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) di Wisma MBSA, Shah Alam malam tadi.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Syamel dan Ernie gembira dengan pencapaian terbabit dan menyifatkan usaha keras mereka selama ini berbaloi.

”Alhamdulillah, malam ini dapat Lagu Terbaik AIM, memang tak disangka-sangka lah, sejujurnya.

“Rezeki berpihak pada Syamel dan Ernie, kami gembira sangat.

”Lagu ini memberikan satu kenangan yang manis bila kami menyanyi ketika hari perkahwinan tetapi sekarang ia menjadi satu tahap kegembiraan yang berbeza bila mengingatinya.” ujar Ernie.

Dengan kemenangan tersebut, lagu ciptaan Ernie, Syamel, Faizal Tahir dan Mike Chan itu membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM50,000.

Disoal mengenai anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) yang dimenangi Ernie menerusi lagu Sinar Mata Hati, Syamel mengakui Ernie sememangnya menginginkan anugerah tersebut.

“Alhamdulillah harini terbukti dengan hasil kerja keras Ernie memenangi vokal wanita terbaik“

“AIM ni ada satu nilai sentimental sikit sebab Syamel pernah terbabit pada AIM 2016.

“Ernie ada cakap yang dia teringin nak sertai AIM. Kita punya kerja keras tu betul-betul nak AIM yang iktiraf sendiri,” ujar Syamel.

Menganggap kemenangan tersebut sebagai satu titik permulaan yang mencabar, Ernie yang pertama kali tercalon dan sekali gus memenangi anugerah pada AIM kalini memanjatkan rasa syukur.

“Sejak umur 15 tahun saya dah berhasrat untuk mengenggam trofi AIM. Ia merupakan anugerah yang memang saya perlu ada dalam hidup dan karier saya. Alhamdulillah, Allah makbulkan harini, saya rasa sangat bersyukur .

“Ini menjadi satu tanggungjawab untuk memberi yang terbaik apabila melakukan persembahan selepas ini.

“Bukan satu perkara yang harus saya banggakan sahaja, malah sebagai satu tanggungjawab buat saya. 

“Saya gembira, kerja saya diiktiraf sebegini dan banyak lagi benda saya nak capai dan buat yang terbaik pada masa akan datang,” jelas Ernie.

Syamel dan Ernie juga merangkul anugerah bagi kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Goodbye Hello yang digubah Ernie dan Syamel bersama Faizal Tahir dan Mike Chan.

Malam kemuncak AIM23 yang bertemakan Glam & Sophisticated dikendalikan Sherry Alhadad, Awal Ashaari serta Azad Jazmin sebagai hos.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Feb 2025
Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Sweetnya Ucapan Ulang Tahun Hafiz Buat Ibu…

Kasih ibu membawa ke syurga…selamat hari jadi Puan Liza!

Featured Mon, 7 Mar 2022
Featured Tue, 19 Aug 2025

Diana Danielle Mengaku Pernah Jadi Mangsa S*ksual – “Tiba-Tiba Dia Pegang Peha Saya’..”

Diana Danielle berkongsi peristiwa hitam apabila pernah menjadi mangsa gangguan seksual dikalangan orang terdekat.

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Josiah Hogan ‘Berkira’ Terima Tawaran?

Kenapa Josiah berkira nak ambil job baru?

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

「肥妈」携手众好友6月云星剧场爆笑登场

「肥妈」6月携手好友李丽霞、黎耀祥及阮兆祥登云星剧场,准备为大马观众带来一个欢乐爆笑的夜晚。

Trending Thu, 14 Apr 2022

“Aku Sampai Jadi Bersalah Sebab…” – Khairul Aming Tegur Kerenah Netizen Twitter Jadi ‘Batu Api’ Melaga-Lagakan Content Creator Masakan

KhairulAming tegur kerenah netizen yang suka jadi batu api melaga-lagakan content creator lain.

error: Content is protected !!