Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2026 @ 1:35pm

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Pelakon, Ozlynn Wati berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilalui pada fasa awal perkahwinannya bersama suami, penyampai radio dan pelakon, Johan Raja Lawak.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ozlynn, 44, mengakui rumah tangga mereka pernah diuji dengan pelbagai dugaan sehingga meninggalkan kesan sedih buat dirinya.

“Ujiannya dapat pada awal perkahwinan, sadis dan sedih. Pernah dihalau, dibaling makanan. Tak naklah kenang,” katanya.

Bagaimanapun, Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

“Yang penting sepanjang ujian kami suami isteri hadap sama-sama.

“Sekarang menikmati ujian dengan tenang dan sabar dengan karenah anak-anak yang semakin membesar,” katanya lagi.

Ozlynn berkata demikian ketika membalas pertanyaan seorang individu mengenai cabaran terbesar pernah dilalui pasangan suami isteri sepanjang perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Ozlynn Enggan Buka Aib Azar Azmi, Akui Bantuan Diberi Ikhlas Kerana Allah – “Saya Bukan Nak Menunjuk-Nunjuk”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

“Dia Bagi Sikit Zakat, Anak Dapat Makan Ayam Goreng…” – Tiga Hari Sebelum Direman, Azar Azmi Sebak Kenang Kebaikan Ozlynn Waty

Pelakon, Azar Azmi mendedahkan rakan industri, aktres Ozlynn Waty adalah individu yang sempat dihubunginya sebelum tiga hari ditangkap reman. Menerusi podcast sembang seram dikendalikan oleh Safwan Nazri, Azar menyifatkan Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak […]

Hiburan Thu, 6 Apr 2023
Featured Thu, 23 Jan 2025

Hafiz Suip Rancang Tempah Kaki Palsu Buat Ibu Tersayang

Kami sebagai anak yang perlu menjadi ‘kaki’ (penguat semangat) buat ibu.

Trending Thu, 18 Jul 2019

Pemimpin Parti Jadi Dalang Video Semburit Haziq

Pemimpin Parti Politik dikenal pasti menjadi dalang melakukan pakatan jahat merakam dan menyebar video hubungan songsang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lagi lelaki.

Trending Sun, 1 Aug 2021

Gemar Bungkus Makanan Berlebihan & Berjimat Cermat, Elisya Sandha Dipanggil ‘Minah Tapau’

Dek kerana sikapnya yang gemar membungkus makanan berlebihan dan berjimat cermat, pelakon Elisya Sandha mendapat gelaran ‘Minah Tapau’. Tapi, jangan salah sangka, itu hanyalah watak yang dibawakan oleh Elisya dalam drama bersiri terbaru slot Lestary […]

Hiburan Sat, 2 Nov 2019
error: Content is protected !!