Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 25, 2026 @ 3:28pm

Ozlynn Dedah Pernah Terima Komen ‘Jahat’, Didakwa Bakal ‘Lepas’ Hijab

Pelakon Ozlynn Waty mendedahkan dia pernah menerima komen negatif daripada netizen selepas tampil berhijab.

Kata Ozlynn, individu berkenaan meninggalkan komen selepas fotonya digunakan oleh sebuah portal hiburan sekali gus mendakwa penghijrahannya itu tidak akan kekal lama memandangkan dirinya bergelar artis.

“Oh dah bertudung ke? Tak tahu pula. Tapi, itulah artis kan? Tak lama lagi terbanglah tudung tu. Saya baca komen dekat portal yang post gambar saya kemudian ada individu tinggalkan komen,” katanya.

Ozlynn berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads selepas seorang individu tampil bertanyakan mengenai ‘ayat yang paling menyakitkan’ yang pernah diterima daripada orang lain.

Tidak melatah dengan tuduhan tersebut, Ozlynn bagaimanapun menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Tegasnya, keputusan untuk memakai hijab dibuat bukan kerana mana-mana pihak sebaliknya mencari keredaan Allah.

“Alhamdulillah pakai tudung bukan untuk sesiapa, tapi kerana Allah SWT.

“Apa pun saya dah serahkan segalanya pada Allah untuk setiap butir kata dan fitnah dari sesiapa sahaja. Sekarang lebih tenang,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 1 Jan 2026

Serbuan 3.30 Pagi, Anak Dara Berkain Batik Ditahan Khalwat Dengan Duda Dalam Khemah

Mereka ditahan berkhalwat dalam khemah di ruang tamu sebuah rumah di Kluang ketika serbuan JAINJ jam 3.30 pagi.

Trending Mon, 16 Nov 2020
Featured Fri, 15 Nov 2024

Saling Berbalas Komen Mesra, Teman Wanita Anak Ozlynn Rindu Balik Malaysia – “Nak Pergi Dekat Awak”

Giya meluahkan rasa rindu terhadap negara Malaysia termasuklah teman lelakinya.

Hiburan Mon, 21 May 2018

Rakan Tak Sangka Hugh Grant Bakal Kahwin

Wow! Beliau akan menjadi pesara tidak lama lagi dan akhirnya berkahwin…

Hiburan Mon, 5 May 2025
Hiburan Fri, 21 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Hanya Mahu Lelaki Kaya, Fiza Halim Sedang Rapat Dengan Duda Anak Satu – “Yang Penting Bukan Suami Orang”

Fiza Halim enggan terburu-buru dalam berkahwin, masih kenal hati duda anak satu

Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Mon, 29 May 2023
error: Content is protected !!