Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin January 1, 2026 @ 9:27pm

Serbuan 3.30 Pagi, Anak Dara Berkain Batik Ditahan Khalwat Dengan Duda Dalam Khemah

Seorang lelaki berstatus duda dicekup berkhalwat bersama seorang wanita dalam sebuah khemah yang didirikan di ruang tamu rumah pusaka di Kluang, Johor, awal pagi semalam, memetik laporan BH Online.

Khemah itu didakwa dipasang kerana rumah pusaka milik keluarga lelaki berkenaan sedang menjalani kerja pengubahsuaian ketika serbuan dibuat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sekitar jam 3.30 pagi.

JAINJ memaklumkan, operasi dijalankan susulan maklumat awam. Ketika anggota tiba, kawasan luar rumah dalam keadaan gelap dan pintu utama didapati tidak berkunci dari dalam.

“Anggota masuk melalui pintu utama, namun pemeriksaan awal tidak menemukan sesiapa. Kemudian perhatian tertumpu kepada sebuah khemah yang dipasang di ruang tamu.

“Selepas terlihat seperti ada pergerakan di dalam khemah, anggota meminta individu di dalam keluar. Seorang lelaki keluar lengkap berseluar panjang dan berbaju, kelihatan terpinga-pinga seperti baru tersedar. Pemeriksaan diteruskan dan seorang wanita pula keluar memakai kain batik serta baju T. Hasil soal jawab mendapati mereka bukan pasangan suami isteri dan tiada pertalian mahram,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut JAINJ, siasatan awal mendapati kedua-duanya berusia dalam lingkungan 40-an dan bekerja di daerah yang sama.

“Lelaki itu dipercayai tinggal bersendirian dan rumah tersebut merupakan peninggalan ibu bapanya yang kini sedang diubah suai.

“Mereka mendirikan khemah kerana pintu dan tingkap belum dipasang. Ada dakwaan tindakan itu dibuat supaya pergerakan mereka tidak mudah dilihat penduduk setempat. Pemeriksaan turut menemukan toto dan bantal di dalam khemah.

“Maklumat orang awam juga menyatakan wanita itu tinggal kira-kira 10 kilometer dari rumah berkenaan dan sering datang serta bermalam bersama lelaki itu,” katanya.

Pasangan tersebut ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Sumber: BH Online
Foto sekadar hiasan, dijana oleh AI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Penampilan Gaun Kuning Dikritik, Abang Syed Saddiq Tampil Pertahankan Bella Astillah – “Leave Her Alone”

abang kepad Saddiq iaitu Syed Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Truedollah tampil mempertahankan tunang adiknya itu. 

Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

Hiburan Wed, 22 Oct 2025
Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Featured Fri, 11 Jul 2025

Isu Rekaan Busana Kahwin Serupa, Ezlisa Loy Enggan Panjangkan Isu – “Jangan Gaduh Pasal Baju”

Tidak mahu memanjangkan isu tular tersebut kerana mahu menjaga nama baik keluarganya dan suami.

Trending Mon, 18 Feb 2019
Trending Mon, 26 Feb 2018

TWEET BERBAUR LUCAH, ALAHAI WANITA SEKARANG!

Ada yang ‘sama naik’ dan ada juga yang mengecam perbuatan wanita itu. Apapun, admin harap awak sebagai seorang wanita, jaga adab dan maruah ya dik!

error: Content is protected !!