Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 17, 2025 @ 3:24pm

Mahu Elak Salah Faham, Marissa Dania Mesej Umisya Mazlan Perjelas Situasi Sebenar – “Saya Hanya Sekat Madu Di TikTok & IG Demi Jaga Emosi”

Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada pasangan selebriti terkenal Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania tampil memperjelas kenyataannya sebelum ini yang dikaitkan dengan dakwaan menyindir madunya, Umisya Mazlan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Marissa menegaskan kenyataan berhubung ‘kebahagiaan palsu’ itu tidak ada kena-mengena dengan hubungan rumah tangga suaminya, Aslam dan isteri pertama.

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Bidas Komen Individu Dakwa Aslam Bahagia & Tak Boleh Hidup Tanpa Isteri Pertama – “Jangan Tunjuk Sangat Senang Digula-Gulakan”

“Saya ni, nak bercakap tentang diri sendiri pun jarang sekali… inikan pula nak buka cerita pasal orang lain,” tulisnya.

Marissa turut memaklumkan dia telah menghubungi Umisya secara peribadi menerusi platform WhatsApp bagi menjernihkan keadaan susulan salah faham yang berlaku antara mereka.

“Ya, WhatsApp tidak pernah disekat. Cuma Instagram dan TikTok yang disekat atas alasan menjaga emosi dan kehidupan masing-masing,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Marissa menjelaskan dirinya lebih selesa menyelesaikan sebarang pertikaian secara tertutup berbanding membuka pekung di media sosial.

“Saya memang tidak gemar selesaikan isu secara terbuka. Sebab itu orang luar tak tahu. Itu cara saya apabila berdepan dengan masalah.

“Isu apa sekalipun, melibatkan sesiapa pun, semuanya saya uruskan secara privasi. Cuma kadangkala, saya rasa hanya saya sahaja yang berusaha ke arah itu.

“Saya tiada masalah dengan semua ini, cuma janganlah sampai ada pihak yang salah faham dan mula membenci,” luahnya.

Terdahulu, nama Marissa menjadi tumpuan netizen selepas mendakwa orang ramai mudah ‘termakan’ dengan lakonan kemesraan suaminya, Aslam bersama isteri pertamanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada komen seorang pengguna TikTok yang mendakwa Aslam tidak mampu hidup tanpa Umisya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 May 2026

Fly FM Perkenal Barisan Baharu Breakfast Show Dengan Ean, Adam Raqeem & Nadia

Fly FM kini tampil dengan barisan baharu untuk segmen Breakfast Show menerusi gandingan Ean, Adam Raqeem & Nadia.

Hiburan Thu, 15 Jun 2023
Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Natasha Hudson Kahwin Kali Keempat, Ini Pesan Si Adik Buat Netizen

Selamat Pengantin Baru Natasha Hudson dan suami. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah…

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Betul Ke Erwin Dawson Tak Jadi Kawin?

Patah tumbuh, hilang berganti…Apapun semoga Erwin tabah menghadapi ujian.

Hiburan Thu, 13 Feb 2025

Aaron Aziz Bakal Terima Anugerah DPDDM

Datuk Aaron Aziz adalah antara artis yang bakal menerima Anugerah Usahawan Bintang Negara Madani anjuran Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM) tidak lama lagi.

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Sibuk Dengan Karier, Zizi Kirana Akui Bakal Kahwin Lambat Lagi?

Tak kisahlah kawin lambat pun, yang penting berpanjangan ye dak?

error: Content is protected !!