Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2026 @ 7:37pm

Fly FM Perkenal Barisan Baharu Breakfast Show Dengan Ean, Adam Raqeem & Nadia

Fly FM kini tampil dengan barisan baharu untuk segmen Breakfast Show menerusi gandingan Ean, Adam Raqeem dan Nadia yang bakal menghidupkan pagi pendengar dengan pelbagai topik trending, permainan interaktif dan lagu-lagu hit terkini.

Kemunculan trio baharu itu turut menandakan era segar buat Fly FM dalam usaha terus mendekati audiens muda menerusi kandungan yang lebih santai, dekat dan relevan dengan kehidupan harian rakyat Malaysia.

Ean yang sudah lebih dua dekad berada dalam industri radio terus menjadi tunjang utama Breakfast Show dengan identiti spontan, gaya penceritaan santai dan impersonasi menghiburkan yang cukup sinonim dengan dirinya.

Selain aktif di konti radio, Ean juga dikenali sebagai pencinta kucing, penggemar budaya pop, pemain gitar dan individu yang aktif menjaga kecergasan.

Menurut Ean, gabungan bersama Adam dan Nadia memberikan warna berbeza kepada Breakfast Show kali ini.

“Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan Adam dan Nadia sebab mereka membawa energi yang berbeza.

“Bagi saya, kami masih mengekalkan apa yang pendengar suka tentang segmen pagi Fly FM, tetapi kali ini dengan sentuhan yang lebih segar dan dekat dengan Malaysia hari ini,” katanya.

Turut menyertai barisan baharu itu ialah Adam Raqeem yang cukup dikenali menerusi kandungan bola sepak dan personaliti santainya di media sosial.

Adam turut membawa aura “class clown” selain terkenal sebagai peminat sukan, filem, makanan serta budaya anime dan gaming.

“Saya harap rancangan ini akan jadi teman pagi yang orang ramai nantikan setiap hari.

“Bersama Ean dan Nadia, saya mahu Fly FM jadi lebih santai, menyeronokkan dan dekat dengan apa yang rakyat Malaysia borakkan setiap hari,” katanya.

Melengkapkan trio tersebut ialah Nadia yang sebelum ini sudah mempunyai pengikut tersendiri di media sosial menerusi kandungan berkaitan kecantikan, fesyen dan gaya hidup.

Kehadirannya juga membawa perspektif Gen Z yang lebih santai, ceria dan mudah didekati selain memberikan sentuhan suara wanita yang lebih segar dalam Breakfast Show Fly FM.

“Sebagai content creator, saya memang banyak berkongsi cerita kehidupan harian dengan orang ramai di media sosial.

“Jadi bila dapat bawa pengalaman itu ke dunia radio, saya rasa sangat teruja sebab Breakfast Show ini terasa lebih current, jujur dan relatable untuk anak muda Malaysia,” katanya.

Dalam masa sama, Fly FM turut memperkukuhkan kehadiran digital mereka menerusi pelbagai kandungan eksklusif, video belakang tabir dan aktiviti interaktif di platform media sosial termasuk Instagram, TikTok, Facebook, X dan YouTube.

Pengarah Kandungan Fly FM, Ihsan berkata, hala tuju baharu stesen radio itu memberi fokus kepada suara generasi muda serta perbualan yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia.

“Fly FM kini bergerak dengan pendekatan yang lebih segar melalui Breakfast Show yang lebih real dan relatable untuk pendengar.

“Pada masa sama, kami juga sedang membentuk identiti dan bunyi yang lebih moden tetapi masih familiar dengan lagu-lagu popular yang digemari ramai,” katanya.

Fly FM kini mencapai lebih dua juta rakyat Malaysia setiap minggu menerusi siaran radio dan platform digital mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Sun, 23 Jul 2023
Featured Tue, 9 Aug 2022

[VIDEO] Gara-Gara Kongsi Rakaman Azal Lamar Neera Azizi, Zarina Zainuddin Teruk Dihentam Netizen.. Ini Penjelasan Empunya Badan

Masing-masing ada pendapat sendiri tapi Zarina sebagai ibu lebih mengenali anaknya 😊 Azal pun faham dia tengah berlakon 😂

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Trending Mon, 5 Mar 2018

Jangan Salah Bebel Anak, Silap-Silap Langsung Tak Dengar Kata!

Ibu bapa kuat membebel kerana anak degil dan tak mendengar kata? Baca kenapa salah membebel boleh menjadikan anak degil dan tak mendengar kata…

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Kejutan Pereka Popular Buat Siti Aafiyah

Bukan hanya persalinan rona hijau muda yang disarung Siti mendapat pujian malah gaun hijau yang dipakai oleh anaknya, Siti Aafiyah Khalid tidak kurang hebatnya. Sedondon ibu dan anak, comel sekali!

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Ara Johari Teringin Berduet Dengan Ratu Rock Negara?

Kalau dua-dua artis ini bergabung, memang powerlah!

Featured Thu, 22 Sep 2022

Anna Jobling Jadi Patung Barbie, Netizen Puji Cantik!

Wahhh memang betul lah sebijik macam Barbie doll kan? 😍

error: Content is protected !!