Euforia Bola 2026
Anugerah By: Maya Basir July 23, 2023 @ 2:19pm

ABPBH 35: Followers Marah Nama Tidak Disebut, Sally Whoo Tampil Mohon Maaf – “Saya Ada Stage Fright…”

Pempengaruh media sosial, Sally Whoo telah memenangi kategori TikTokers Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) pada Jumaat.

Namun, timbul isu lain yang mengatakan Sally tidak mengucapkan terima kasih seakan-akan tidak menghargai sokongan peminat yang mengundi.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia menyatakan rasa syukur dan tidak menyangka kemenangan miliknya.

Malah, dia memohon maaf kerana tidak berterima kasih kepada pengikutnya gara-gara mempunyai ‘stage fright’ dan tidak membuat sebarang persiapan bagi memberi ucapan.

“Masih lagi tak percaya, sungguh dari awal tak sangka dapat menang.

“Maaf atas stage Sally tak sempat nak sebut ‘Followers’, ramai yang marah, Sally minta maaf. Sally memang ada stage fright sebab tak expect memang dan tak prepare apa-apa speech,” jelasnya.

Sementara itu, Sally juga turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang merupakan tulang belakang selama ini.

“Wallahi, kalau bukan sebab kalian semua, kawan-kawan TikTok, followers dan pengundi Sally, tanpa kalian semua Sally takkan berdiri di pentas sebesar ini.

“Sally baca comment-comment korang, Sally minta maaf kalau dengan kemenangan ini ada yang kurang senang, Sally minta maaf sangat-sangat,” ujarnya.

Sekadar info, Sally memenangi kategori TikTokers Popular dengan menewaskan Hafiz Mahamad, Aleeya Zailan, Aaabias dan Ustaz Ahmad Yusof.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 15 Jan 2025

Sebak! Jemaah Warga Emas Ditipu, 15 Tahun Kumpul Duit & Sanggup Ikat Perut Demi Tunai Umrah

Lebih menyedihkan, wang yang dikumpul untuk menunaikan umrah itu adalah hasil ikat perutnya selama 15 tahun.

Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

“Macam Nampak Baby Bump” – Netizen Dakwa Isteri Sedang Hamil, Ini Jawapan Zaki Azeman

Pelakon Zaki Azeman tular di media sosial apabila dia dan isteri, Raa Suzuran melakukan trend tarian di TikTok. @zakiazeman94 Hi @AdamLee @Sweet Qismina ♬ 原聲 – ABCandE Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zaki, dia dan […]

Featured Wed, 8 Sep 2021

Cara Mohon Bantuan Bekalan Makanan Asas RM300 Menerusi Prihatin Kasih Mulai September

Untuk makluman,  program PRIHATIN Kasih menerusi insentif PEMERKASA adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad. Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 […]

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“Jangan Ada Anak Dara, Janda Pi DM Ajak Wrestling Pulak…” – Ika Nabella Kongsi Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga

Comel je pasangan suami isteri ni. Semoga terus bahagia sehingga Jannah, Insya Allah.

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
Featured Sat, 8 Nov 2025

Dr. Fie Bangkit, Kini Pilih Hidup Tenang – “Allah Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik”

Dr. Fie akhirnya tampil meluahkan perasaannya selepas melalui pelbagai ujian dalam kehidupan, termasuk isu rumah tangganya.

Trending Thu, 25 Jun 2020
error: Content is protected !!