Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 25, 2023 @ 2:52pm

Aedy Ashraf Tak Ambil SPM, Terpaksa Berhenti Sekolah Atas Masalah Kewangan… Galas Tanggungjawab Jadi Ketua Keluarga – “Fokus Sepenuhnya Pada Berlakon”

Pelakon, Aedy Ashraf mendedahkan dia terpaksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat dan tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata itu adalah antara keputusan paling sukar dilakukannya dalam hidup demi menyara keluarga yang ketika itu tiada pendapatan tetap.

“Ketika itu umur saya baru 16 tahun. Kalau lakukan dua perkara itu (belajar dan berlakon) serentak, saya akan gagal melaksanakannya.

“Kalau saya pilih untuk teruskan persekolahan, kami tidak akan ada duit nak makan setiap hari sebab kalau ke sekolah, saya tak boleh lakukan penggambaran langsung,” katanya dalam sesi podcast Studio Sembang milik aktres, Amelia Henderson baru-baru ini.

Aktor drama rantaian Budak Tebing ini memberi fokus sepenuhnya kepada bidang lakonan dan banyak menghadiri ujibakat lakonan demi mencapai impian untuk bergelar pelakon.

“Apabila sudah berlakon, saya memang memberi fokus, pergi uji bakat walaupun terpaksa naik pengangkutan awam seorang diri.

“Sebab itu saya bersungguh-sungguh pada bidang ini dan banyak belajar termasuk banyak membaca tentang ilmu lakonan,” katanya lagi.

Aedy Ashraf

Mengambil tanggungjawab menjadi ketua keluarga, Aedy mengakui dia tidak pernah menyesal mengambil keputusan tersebut demi keselesaan hidup dan meringankan beban keluarga.

“Saya pernah cakap dengan ibu biar saya cari duit dan beri peluang kakak sambung belajar. Saya bayar yuran pengajiannya di kolej serta semua bil keluarga.

“Ketika itu umur saya baru 17 tahun manakala kakak pula 19 tahun. Mahu atau tidak pada ketika itu, keputusan sudah diambil dan perlu teruskan sahaja.

“Itu adalah keputusan paling sukar penah saya buat yang beri impak kepada kehidupan sehingga hari ini,” katanya.

Kekasih hati Amelia ini tidak menafikan ilmu itu adalah amat penting dan sekiranya dia diberi piihan dan kemampuan ketika itu, Aedy akan memastikan pelajaran menjadi keutamaan berbanding lakonan.

“Saya rasa segala usaha sebelum ini sudah terbayar. Saya tak kata bangga kerana berhenti sekolah atau tidak memiliki SPM.

“Saya sedar bahawa pendidikan sangat penting dan kalau ada duit walau sedikit pun pada ketika itu, memang akan terus belajar.

“Masalah utama keluarga kami (ketika itu) adalah kewangan, memang tak ada duit langsung,” tambahnya.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Artikel Berkaitan: Kongsi Kompilasi Video Amelia Henderson, Ruangan Komen Aedy Ashraf Dibanjiri Usikan – “ Happy Birthday To This Wonderful Person”

Kredit: Studio Sembang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2024
Hiburan Wed, 1 May 2019

Persiapan Raya, Aiman Tino Bawa 1200 Balang Kuih Ke Brunei

Siapa nak rasa kuih raya Aiman? Jom ke Brunei Ramadan nanti!

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Sufian Suhaimi Bersanding Sorang Diri Di Pentas AJL 33

Alamak… belum move on lagi ke macam mana ni?

Featured Wed, 2 Mar 2022
Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Izzue Islam Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan?

Alhamdulillah, yang penting semuanya selamat!

Featured Mon, 28 Apr 2025

Elizabeth Tan Bangkit Dengan ‘Rezeki’, Dedikasi 10 Tahun Perjalanan Seni

Lagu Rezeki bukan sekadar ‘comeback’ malah, memperlihatkan sisi Lizzy yang lebih berani, matang dan penuh jiwa.

Events Sun, 23 Sep 2018

#ABPBH31: Senarai Top 5 Hanya Diumum Pada Malam Anugerah

Kami merasakan mekanisma undian terbaru ini lebih baik kerana ia memberi ruang pada peminat untuk terus mengundi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang suka mengundi pada saat akhir.

error: Content is protected !!