Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 3, 2024 @ 5:46pm

Kurung Diri Berminggu-Minggu, Syada Amzah Dedah Pernah Meninggal Pelbagai Cara Dalam Mimpi – “Seolah-Olah Beri Idea Pada Saya…”

Penyanyi Syada Amzah mendedahkan dirinya pernah mengalami kemurungan beberapa tahun yang lalu.

Menerusi hantarannya di Instaram, dia ingin memberi kesedaran tentang masalah mental dan cara untuk mengatasinya.

Menurutnya, dia pernah mengurung diri selama berminggu-minggu dan waktu tidur terganggu dengan mimpi-mimpi aneh.

“Few years after that, Syada diuji dengan merasakan kemurungan, kurung diri berminggu-minggu, tak bermaya, sentiasa rasa demotivated, dan sebab banyak sangat berfikir, sampai terbawa mimpi dengan bermacam cara Syada meninggal dalam mimpi.

“Mimpi tu berlarutan selama berbulan bulan seolah-olah memberi idea kepada diri Syada. Dan bertahun-tahun Syada masih cuba untuk tidak go seek for help sebab tak nak bergantung, cuba untuk distract diri. Dan Alhamdulillah i’m still here untuk menceritakan,” ujarnya.

Sementara itu, Syada turut berkongsi beberapa cara untuk membantu orang-orang disekeliling yang mengalami masalah tersebut.

“Mungkin korang boleh rajin reach out once in a while, tanya khabar kalau ada masa lebih dengarlah luahan hati dia, apa yang menganggu dia. Biar dia rasa lega.

“Boleh juga offer reassurance contoh ‘aku ada untuk kau, jangan pernah rasa kau hadap semua ni sorang-sorang. Anytime you need me, I’ll be there insyaAllah’.

“Sangat penting untuk kita tak biarkan dorang menyendiri. Cuba untuk kekal tenang dan sabar, kadang-kadang orang yang mengalami masalah ni, dorang sendiri tak boleh control diri, seolah-olah dikawal. Buat perkara yang tak masuk akal,” jelasnya.

Malah, Syada menegaskan untuk tidak membuat sebarang andaian sebaliknya mengajak golongan ini untuk membuat kebaikan.

“Jangan trigger, jangan cakap benda bukan-bukan atau speculate ‘kau mesti macam ni sebab tak solat, kau mesti macam ni sebab jauh dari Allah’ yes, it could be right but it could also be wrong.

“No matter how close you guys are, don’t ever said things like that. But instead, ‘jom kau Cuba ikut aku pergi majlis ilmu, or eh jom kita solat jemaah?’,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Jun 2023
Featured Tue, 2 Sep 2025

Hael Husaini Tampil Dengan 2 Lagu Hit ‘Peluk’ & ‘Alangkah’ Karya Sarat Emosi Buat Peminat

Menariknya, kedua-dua lagu ini bukan sahaja sarat dengan emosi, malah turut dipilih sebagai original soundtrack (OST) untuk dua drama popular.

Trending Mon, 7 Dec 2020
Featured Thu, 12 Sep 2024

“Saya Turut Gembira Apabila Mentua Pun Gembira” – Puteri Sarah 

Alhamdulillah, seronok tengok semuanya happy! ❤️❤️❤️

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Zahiril Adzim Akui Hilang Minat Pada Perkara Disukai, Mira Filzah Titip Nasihat

Zahiril mengakui dia kini sudah hilang minat terhadap perkara yang sebelum ini menjadi kesukaannya

Trending Thu, 21 Oct 2021

REV Media Group Lancar Jenama Media Permainan & Hiburan dalam Bahasa Malaysia

Edisi serantau jenama media untuk permainan, hiburan dan budaya peminat terkemuka di dunia, IGN Southeast Asia kini lokal! Para peminat permainan video dan hiburan di Malaysia kini boleh mengakses maklumat eksklusif terkini, pratonton, temu bual, […]

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Bekas Vokalis Dicekup Lagi?

Apa nak jadi? Asyik kena cekup je..

Hiburan Sat, 30 Aug 2025
error: Content is protected !!