Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 11, 2026 @ 7:15pm

Ozlynn Enggan Buka Aib Azar Azmi, Akui Bantuan Diberi Ikhlas Kerana Allah – “Saya Bukan Nak Menunjuk-Nunjuk”

Pelakon, Ozlynn menjelaskan bantuannya terhadap aktres, Azar Azmi ketika melalui fasa sukar dalam hidup bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya dilakukan atas dasar kemanusiaan dan rasa tanggungjawab.

Menurut Ozlynn, 45, dia memahami perasaan rakan seindustrinya yang berdepan kesusahan kerana pernah melalui pengalaman sama, malah mengakui tidak pernah memilih dalam berkongsi rezeki sekiranya mempunyai kemampuan lebih.

“Saya tolong bukan sebab nak tunjuk kita kaya atau sebagainya. Sebagai hamba Allah yang pernah rasa susah, kita ada tanggungjawab untuk membantu.

“Bukan sebab dia Azar Azmi saja. Sesiapa pun kalau saya ada rezeki lebih, saya akan kongsi.

“Saya terima beribu mesej sejak zaman Covid-19 sampai sekarang. Demi Allah, kalau ada rezeki memang saya akan bantu,” katanya.

Ozlynn berkata demikian ketika ditemui di acara sidang media filem terbaharunya, 5 Bomoh, bertempat di Hemisfera Luxury Sky Hall, Kuala Lumpur Tower pada Isnin.

Dalam pada itu, Ozlynn mengakui kurang selesa untuk terus bercakap mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu Azar kembali mengingati episod hitam yang pernah dilaluinya.

“Sebenarnya kalau boleh saya tak mahu bercakap mengenai perkara ini. Saya cuma nak dia bahagia dan tenang dengan kehidupannya sekarang.

“Itu ujian hidup dia dan setiap manusia ada ujian berbeza. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dia,” katanya.

Bagaimanapun, Ozlynn yang juga isteri kepada penyampai radio dan pelakon, Johan juga menegaskan enggan membuka aib sahabatnya memandangkan mereka sudah lama bersahabat baik.

“Saya kena jaga maruah, aib dan harga diri seorang sahabat sebab saya sendiri tak suka orang bercerita mengenai saya. Saya juga tak suka bercerita hal orang lain.

“Tapi bila dia sendiri berkongsi, itu cerita daripada pihak dia. Saya tak mahu apa yang saya cakap memberi kesan lain.

“Kami kembali berhubung selepas saya terbaca kisah mengenai dirinya. Pernah satu ketika dia hilang terus sebelum dia menghubungi saya semula.

“Biasanya saya memang tak jawab nombor tak dikenali, tapi selepas dia whatsapp dan perkenalkan diri, saya terus hubungi dan kami buat panggilan video. Dari situlah bermulanya segala perkongsian,” katanya.

Terdahulu, Azar menerusi sebuah podcast mendedahkan Ozlynn adalah individu terawal yang tampil membantu ketika dia berdepan fasa sukar dalam hidup.

Menurut Azar, Ozlynn juga banyak memahami keadaannya selain pernah menghulurkan bantuan zakat sehingga membolehkannya membeli keperluan anak-anak.

Artikel Berkaitan: “Dia Bagi Sikit Zakat, Anak Dapat Makan Ayam Goreng…” – Tiga Hari Sebelum Direman, Azar Azmi Sebak Kenang Kebaikan Ozlynn Waty

Artikel Berkaitan: Ozlynn Waty Sebak Kenang Nasib Azar Azmi- “Mak Tak Makan Tak Mengapa, Jangan Anak-Anak”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Featured Sat, 25 Apr 2020

Rakyat ambil mudah arahan PKP dianggap sekutu COVID-19

KKM bimbang penularan COVID-19 kembali meningkat

Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Penyampai Radio A.I. Pertama Di Malaysia Melancarkan Lagu Solo

Aina Sabrina, DJ A.I. Fly FM membuat penampilan muzik sulung dengan lagunya, “Trust The Code”

Featured Sat, 1 Oct 2022

Titip Nasihat Untuk Kasih Iris Leona, Azhar Sulaiman Minta Jangan Jadi Tumpuan – “Kalau Dah Confirm, Baru Tunjuk”

Ada betul apa Azhar nasihatkan tu… Setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anak 😚

Kisah Viral Fri, 12 Jun 2026

Untung Cecah RM10,000 Sehari, Abang Sado ‘Durian Papa Muda’ Tak Serik Dikecam Walau Ada Ambil Kesempatan

Pernah viral kerana aksi lelaki bertubuh sasa menjual raja buah, Durian Papa Muda kembali meraih sorotan ramai sempena musim durian tahun ini.

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Akhirnya Allah Tunjukkan Kebenaran” – Ibu Solat Hajat Setiap Hari Selama 4 Bulan, Jual Barang Kemas Demi Selamatkan Eda Ezrin

Ibu Eda Ezrin meluahkan rasa syukur selepas mahkamah membebaskan anaknya, menantu serta empat individu lain daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba.

Featured Tue, 25 Jun 2024

Hampir 30 Tahun Dalam Industri, Spider ‘Keluar Sarang’ Hiburkan Lebih 2,400 Peminat Dalam Sebuah Konsert Mantap!

Spider memang berbisa dari dulu sampai sekarang! penuh satu Zepp KL dengan peminat

error: Content is protected !!