Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2024 @ 4:21pm

[VIDEO] Datuk Red, Adira Suhaimi Lebih Selesa Jadi Kawan, Namun Tak Tolak Sekiranya Berjodoh Kembali – “Kami Dah Berbincang…’

Sering kelihatan mesra bersama bekas suami di siaran langsung TikTok, penyanyi Adira Suhaimi memaklumkan dia terbuka sekiranya kembali berjodoh dengan Datuk Red.

Pelantun lagu Takdir Tercipta ini berkata setakat ini dia tidak nampak sinar untuk ke arah demikian, namun Adira menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

“Siapa lah kita nak menolak. Kita bukan sesiapa, yang pegang hati kita Allah SWT.

Tapi buat masa sekarang lah, memang tak ada nampak sinar tu,” katanya.

Adira berkata demikian dalam siaran langsung TikTok bagi menjawab soalan diajukan oleh TikTokers, Acap S yang bertanya mengenai perkara berkenaan.

Adira Suhaimi

Sementara itu, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu mengakui mereka lebih selesa untuk menjalinkan hubungan hanya sebagai rakan.

“Buat masa sekarang ni, hati saya baik kami berkawan. Andai kata terjadi pun, saya tak nak. Saya rasa lebih baik kami berkawan.

“Kami dah berbincang sebenarnya. Kami lebih selesa berkawan dan seronok lagi berkawan demi anak-anak,” ujarnya.

@uddin.rizqi

@Acap S @abg red #acap #datored #adirasuhaimi #PK #terhibur #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Uddin Rizqi – Uddin Rizqi

Sekadar info, Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu pada 23 April lalu.

Selepas 21 hari, Datuk Red dan kemudian berpisah dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Akui Ada Ramai Mengorat, Adira Suhaimi Usik Beli Cincin Nak Kahwin Baru… Datuk Red Pula Buat Aksi Cemburu

Artikel Berkaitan: “Cerai Hidup Atau Mati Perlu Ikut Garis Panduan Islam” – Da’i Annas Minta Adira Suhaimi Rujuk Jabatan Agama Isu Idah

Artikel Berkaitan: Dituduh Tak Hormat Tempoh Idah, Adira Suhaimi Tampil Beri Respons : “Anak 4 Orang Tu Siapa Nak Bagi Makan?”

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Sah Bercerai Dengan Talak Satu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

‘Jangan Ingat Kami Ni Artis, Kami Tak Berhak Nak Bersuara,’ – Fasha Sandha

Saya tau saya buruk. Sebeb tu saya kata, I embrace my flaws. Kalau tak faham, bukak kamus pls. Fahami apa itu erti FLAWS. Ok?

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Xiaomi Mi Max 3 Dilancarkan Dengan Skrin Paparan Dan Kapasiti Bateri Yang Besar

Xiaomi memperkenalkan satu lagi peranti kelas pertengahan, Xiaomi Mi Max 3. Peranti ini hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar bersama saiz skrin paparan dan kapasiti bateri antara yang terbesar pada tahun ini. Ia hadir dengan skrin jenis IPS LCD […]

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Tak Patah Semangat, Ryan Bakery Tenang Dikatakan ‘Zaman Sudah Berakhir’… Pilih Fokus Projek Lebih Besar

Ryan Bakery tidak terkesan apabila ada pihak berpendapat zaman kegemilangannya sudah berakhir.

Featured Mon, 23 Aug 2021
Featured Thu, 11 Dec 2025
error: Content is protected !!